ORANG UTAN | Orang utan ialah beruk besar, berbulu kasar kemerah-merahan yang tinggal di hutan hujan tropika di Sumatera dan Borneo. Orang utan adalah mamalia penghuni pokok yang terbesar. Orang utan tingginya 90 hingga 150 sentimeter. Yang jantan mungkin beratnya dari 70 hingga 90 kilogram. Sesetengah orang utan jantan mempunyai lengan sepanjang kira- kira 2 meter. Yang betina saiznya kira-kira setengah saiz yang jantan. Orang utan jantan yang matang mempunyai pad pipi yang lebar yang terjojol dari sisi mukanya dan mempunyai kantung kerongkong yang besar. Yang betina tidak mempunyai pad pipi dan hanya mempunyai kantung kerongkong yang kecil. | UMUM | |
MACAQUE | Macaque ialah nama beberapa spesies monyet besar dan kuat. Sesetengah macaque beratnya lebih daripada 15 kilogram. Kebanyakannya hidup di kawasan sederhana panas di selatan Asia. Satu spesies, iaitu beruk Barbary, hidup di utara Afrika dan Gibraltar (lihat Beruk Barbary). Satu lagi spesies, macaque Jepun hidup di utara sejauh Pulau Honshu, tempat salji turun pada musim sejuk. Ia adalah satu- satunya monyet yang hidup liar di Jepun. | UMUM | |
YERKES, ROBERT MEARNS | Yerkes, Robert Mearns (1876–1956), pakar psikologi Amerika yang terkenal dengan penyelidikannya mengenai tingkah laku beruk. Buku karangannya yang paling penting ialah The Great Apes: A Study of Anthropoid Life (1929). | UMUM | |
MONYET | Monyet adalah satu daripada banyak jenis mamalia kecil, cergas dan antara haiwan yang paling cerdik. Ahli sains mengelaskan monyet – bersama manusia, beruk, lemur, dan kongkang dalam order Primat, iaitu order yang tertinggi. Kecerdikan monyet membolehkannya menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran. Oleh sebab persamaan antara monyet dengan manusia, ahli sains menggunakan monyet dalam penyelidikan tentang kelakuan dan penyakit manusia. Misalnya, bahan darah yang dikenali sebagai faktor Rh ditemui dalam eksperimen menggunakan monyet Rhesus (lihat Faktor Rh). | UMUM | |
TARSIER | Tarsier ialah mamalia kecil yang mempunyai kepala yang bulat dan mata yang luar biasa besarnya bak mata burung hantu. Seperti manusia dan beruk, tarsier tergolong dalam order primat (lihat Primat ). Tarsier hidup di Indonesia dan Filipina. Telinganya besar dan ekornya panjang, kurus dan tidak berbulu. Kaki depannya pendek dan kaki belakangnya panjang yang membantunya melompat dari dahan ke dahan tempat tinggalnya. Kesemua jari tangannya yang panjang dan kebanyakan jari kakinya mempunyai kuku, tetapi jari kakinya yang kedua dan ketiga mempunyai cakar. Tarsier tidak boleh menggerakkan matanya. Tetapi ia boleh memusingkan kepalanya hampir kesemua arah. Tarsier membesar kira-kira sebesar tikus. Ekornya boleh tumbuh sehingga 25 sentimeter panjangnya. Namanya berasal daripada tulang tarsus yang panjang pada kakinya. Tarsier tidur pada siang hari dan bergerak dari pokok ke pokok pada malam hari, memakan serangga, siput, dan cicak kecil. Pengelasan saintifik. Tarsier tergolong dalam famili tarsier, Tarsiidae. Ia adalah genus Tarsius . | UMUM | |
MAS COTEK | Mas cotek, tumbuhan herba yang juga dikenali sebagai telinga beruk atau serapat angin. | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
KONGKANG | Kongkang ialah haiwan yang bergerak perlahan, yang hidup di atas pokok. Kongkang ialah primat, iaitu anggota order haiwan yang termasuk monyet, beruk, dan manusia. | UMUM | |
PRIMAT | Primat ialah anggota kumpulan mamalia yang terdiri daripada manusia dan haiwan yang paling hampir menyerupainya. Ahli-ahli sains mengelaskan lebih kurang 180 spesies mamalia sebagai primat. Mereka membahagikan primat kepada dua jenis utama: (1) antropoid – manusia, beruk dan monyet, dan (2) prosimia – aye-aye, galago, lemur, kongkang, poto dan tarsier. Sesetengah ahli sains mengelaskan tikus kesturi sebagai prosimia. | UMUM | |
DUBOIS, EUGÉNE | Dubois, Eugéne (1858–1941) ialah ahli anatomi dan ahli antropologi fizikal Belanda. Semasa berada di Jawa pada tahun 1891 dan 1892, dia telah menemui satu fosil tulang yang kemudiannya dinamakannya sebagai Pithecanthropus erectus atau beruk yang berjalan dengan tegak (lihat Manusia Jawa). | UMUM | |
Q | Q ialah huruf ke-17 dalam abjad Inggeris. Ia merupakan huruf yang digunakan oleh orang Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Q ialah huruf ke-17 dalam abjad Inggeris. Ia merupakan huruf yang digunakan oleh orang Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Mereka menamakannya sebagai qoph yang mungkin bermaksud beruk atau monyet dan mereka menulisnya dengan simbol gambar yang melambangkan seekor monyet. Orang Yunani kemudiannya meminjam huruf Q ini buat seketika waktu dan menyebutnya koppa. Orang Rom mengambilnya daripada orang Yunani, dan memberikan bentuk huruf Q besar seperti yang ada kini. Mereka juga memperkenalkan penggunaan huruf u selepas q . Lihat Abjad. | UMUM | |