Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.lang.u.lang]/[ber.u.lang.u.lang] | براولڠ-اولڠ

Definisi : 1. selalu pergi balik (ulang-alik, mundar-mandir): sahaya ~ ke rumahnya meminta wang itu; 2. kerapkali atau berkali-kali melakukan sesuatu, beberapa kali: lagu yg baru dipelajari hendaklah dimainkan ~ supaya kanak-kanak betul-betul tahu akan lagu itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.lang.u.lang]/[ber.u.lang.u.lang] | براولڠ-اولڠ

Definisi : 1 beberapa kali; kerap kali: Ayat itu dibacanya ~ supaya difahaminya. 2 selalu berulang-alik; selalu pergi balik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulang (kata kerja)
Bersinonim dengan sekali lagi, lagi sekali, melakukan kembali;,
Kata Terbitan : berulang, berulang-ulang, mengulang, ulangan, ulang alik, berulang alik,

Puisi
 

Sayang selasih di Bukit Dulang,
     Diputik sedulang laut Sebandi;
Terima kasih berulang-ulang,
     Sudi menjemput kami di sini.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Jangan dicatuk dengan yang tajam,
     dicencang dengan yang majal.

Bermaksud :

Menasihati seseorang hendaklah dengan sabar dan berulang-ulang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KLEPTOMANIA

Kleptomania ialah kegagalan yang berulang-ulang

untuk menghalang gerak hati daripada

mencuri. Mereka yang mengalami kleptomania

mencuri benda-benda yang tidak diperlukannya

atau yang tidak boleh digunakannya. Mereka

tidak mengetahui mengapa mereka melakukannya.

UMUM 
TABIAT

Tabiat ialah perkara yang dilakukan oleh

seseorang berulang-ulang kali tanpa perlu berfikir

bagaimana untuk melakukannya. Pelbagai perbuatan

yang dilakukan setiap hari merupakan tabiat.

Bayangkan betapa sukarnya untuk mengikat tali

kasut anda sekiranya anda perlu memikirkan setiap

tindakan yang diperlukan untuk mengikat tali kasut.

Tabiat berbeza dengan naluri . Naluri ialah tingkah

laku yang semula jadi, bukannya perkara yang

dipelajari (lihat Naluri ).

UMUM 
MUZIK RAP

Muzik rap ialah suatu bentuk muzik popular

yang pada umumnya ditutur atau diratibkan

berulang-ulang dengan rentak yang cepat,

berbanding nyanyian. Rap dipersembahkan

dengan iringan muzik yang menekankan ritma

daripada melodinya. Sering kali iringan muzik ini

terdiri daripada segmen-segmen pendek daripada

muzik yang dirakamkan dahulu dan digabungkan

dengan corak-corak baru.

UMUM 
BURUNG LOCENG

Burung loceng ialah nama yang diberi kepada

beberapa jenis burung yang suaranya berbunyi

seperti bunyi loceng. Burung loceng putih di

Amerika Selatan menyanyikan satu not yang

berulang-ulang yang boleh didengar sejauh lebih

daripada satu kilometer. Dari dekat, burung ini

berbunyi seperti bunyi tukulan tukang besi pada

andas.

UMUM 
NIEMEYER, OSCAR

Niemeyer, Oscar (1907– ), arkitek Brazil. Dia

terkenal sebagai pereka bentuk bangunan utama di

Brasilia , ibu negara Brazil (lihat Brasilia ). Niemeyer

sering menggunakan bentuk berhias bagi

keseluruhan bangunan, dan dalam unsur seni bina

yang berulang-ulang. Dia pernah mengatakan

bahawa reka bentuknya diilhamkan oleh keadaan

iklim dan sosial Brazil, dan warisan kolonial seni

barok di Brazil.

UMUM 
MAGAZIN

Magazin ialah istilah ketenteraan dan angkatan

laut bagi bangunan yang dilindungi ataupun bilik

simpanan senjata. Istilah ini, berasal daripada

perkataan Arab yang bererti rumah stor. Lelopak

peluru untuk senapang yang boleh menembak

secara berulang-ulang, atau mesingan juga

dinamakan magazin.

UMUM 
DIKIRDIKIR, satu upacara agama atau pengabdian diri kepada Tuhan yang diamalkan oleh kumpulan agama. Dikir berasal daripada istilah Arab, zik’r. Dikir atau zikir mempunyai beberapa maksud, iaitu doa atau puji-pujian kepada Allah yang diucapkan secara berlagu atau tidak atau dengan cara berulang-ulang; doa atau puji-pujian berlagu seperti dalam perayaan maulid Nabi, yang sering kali diiringi alat muzik seperti kompang atau rebana; dan lagu atau nyanyian berpantun secara beramai-ramai seperti dalam persembahan dikir barat.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
MORTIMER

Mortimer ialah nama keluarga bangsawan

Inggeris yang terkemuka dalam sejarah Inggeris

dari tahun 1100-an hingga awal tahun 1400-an.

Mereka menjadi tuan tanah yang penting di

kawasan Welsh Marches (lihat Marches). Kuasa

wilayah dan ketenteraan keluarga Mortimer

menjadikan mereka kuasa yang kuat dalam

perbalahan yang berulang-ulang antara raja-raja

Inggeris dan baron mereka. Tuntutan orang York

terhadap takhta Inggeris semasa Perang Ros telah

diperoleh dari keluarga Mortimer menerusi

perkahwinan.

UMUM 
SELARAN MATAHARI

Selaran matahari ialah keradangan kulit yang

menyakitkan disebabkan oleh pendedahan yang

berlebihan kepada cahaya matahari. Keadaan ini

mungkin hanya merupakan sedikit kemerahan pada

kulit, yang hilang dalam masa beberapa jam, atau

bengkak, lecur, dan kemerahan yang teruk pada

kulit, yang mengelupas sebelum ia sembuh. Selaran

yang teruk boleh menyebabkan rasa sejuk, pitam,

demam, dan lemah. Pendedahan yang

berpanjangan dan berulang-ulang kepada cahaya

matahari boleh juga menyebabkan ketuaan kulit

sebelum masanya dan kanser kulit.

UMUM 
SINDROM SALURAN KARPAL

Sindrom saluran karpal ialah gangguan biasa

yang menyebabkan kesakitan, dan mengganggu

penggunaan tangan. Ia disebabkan oleh tekanan

pada saraf median apabila saraf ini melalui saluran

yang dibentuk oleh tulang dan ligamen pada

pergelangan tangan. Saluran ini dikenali sebagai

saluran karpal. Pelbagai keadaan boleh

menyebabkan saluran karpal menjadi sempit dan

memberi tekanan pada saraf median. Ini termasuk

kecederaan, seperti fraktur pergelangan tangan;

artritis yang menjadi teruk kerana bengkak tendon

dalam saluran karpal; kehamilan, yang boleh

menyebabkan sinovium (membran) di sekeliling

tendon menjadi tebal; dan ketaknormalan kelenjar,

seperti diabetes dan gangguan tiroid. Kerja yang

melibatkan pergerakan pergelangan tangan yang

berulang-ulang juga boleh menyebabkan sindrom

saluran karpal.

UMUM 

Kembali ke atas