Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
upaya (kata nama)
Bersinonim dengan usaha, daya, daya usaha, akal, ikhtiar, kekuatan, kebolehan;,
Kata Terbitan : seupaya-upayanya, berupaya, terupaya, keupayaan, berkeupayaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENDIDIKAN GURU

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENDIDIKAN GURU, latihan perguruan yang diberikan kepada calon guru supaya dia berupaya dan diiktiraf sebagai seorang guru yang terlatih. Pendidikan guru di Malaysia bertujuan untuk menyediakan guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Latihan perguruan ini boleh didapati di maktab perguruan dan di universiti tempatan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIDisiplin Ilmu
TEORI BESAR DISATUKAN

Teori besar disatukan , juga dikenali sebagai

GUT’s (Grand Unified Theories), cuba untuk

menyatukan tiga daripada empat daya asas yang

dianggap menguasai alam semesta. Ketiga-tiga

daya ini, daripada yang terlemah hingga kepada

yang terkuat, adalah (1) daya nuklear lemah,

(2) keelektromagnetan, dan (3) daya nuklear kuat.

Daya nuklear lemah bertanggungjawab terhadap

pereputan radioaktif banyak jenis nukleus atom.

Keelektromagnetan ialah daya yang mengikat

elektron kepada nukleus. Daya nuklear kuat

mengikat nukleus bersama-sama. Kegravitian, iaitu

daya asas keempat, tidak termasuk dalam GUT’s.

Kesan graviti terhadap satu atom atau nukleus

adalah terlalu lemah hinggakan ahli sains tidak

berupaya mengesannya.

UMUM 

Kembali ke atas