Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.rat]/[ber.u.rat] | براورت

Definisi : 1. mempunyai urat; 2. mempunyai akar, berakar: ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak ~; ~ berakar a) sudah mendalam benar (perasaan dll); b) sudah lama (di sesuatu tempat dll); berhati baja, ~ kawat prb orang yg tabah serta keras hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berurat

Peribahasa

Seperti pucuk ru,
     ke bawah tidak berurat,
di tengah-tengah dilarik (= digerek) kumbang.

Bermaksud :

Kedudukan (keadaan) yang tidak terjamin, sebentar-sebentar dapat berubah. (Bandingkan dengan: Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SMILAKS

Smilaks ialah sekumpulan tumbuhan menjalar

berkayu atau herba yang mempunyai akar yang

tahan lasak, berubi dan daun malar hijau, berurat.

Di hujung batangnya terdapat sulur paut

yang digunakan untuk memanjat. Tumbuhan

menjalar ini tumbuh di kawasan sederhana dan tropika.

Ia mengeluarkan gugusan kecil beri berwarna merah, biru,

atau hitam. Sesetengah spesies mengeluarkan sarsaparila,

dan yang lainnya mempunyai batang yang boleh dibuat bakul.

Pengelasan saintifik. Smilaks tergolong dalam famili lili, Liliaceae.

UMUM 

Kembali ke atas