SYAIR | SYAIR, sejenis puisi yang terikat, umumnya terdiri daripada empat larik serangkap, empat perkataan selarik dan mempunyai rima akhir /a/ /a/ /a/ /a/ dengan sedikit variasi dan kekecualian. Keseluruhan rangkap merupakan idea yang berurutan dan biasanya memerlukan beberapa rangkap untuk menyatakan suatu keseluruhan idea. | SASTERA | Konsep |
GUGUS KONSONAN | Gugus konsonan ialah gabungan dua konsonan atau lebih yang berurutan dalam satu suku kata, misalnya kl dalam klasik; pr dalam kata protes; skr dalam kata skru; dan str dalam kata strategi. | BAHASA | Konsep |
SELOKA | SELOKA, sejenis puisi bebas yang tidak terikat. Seloka biasanya tidak berangkap. Jika berangkap, tidak tentu jumlah larik serangkap dan jumlah perkataan selarik, memakai rima atau tidak. Seloka biasanya memerlukan beberapa larik yang berurutan untuk dapat menyatakan satu keseluruhan idea. Seloka mengandungi sindiran, jenaka, usikan dan gurauan. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |