SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SYAH IBNI SULTAN ALAIDDIN | Kapsyen1"> :1"> Sultan Hishamuddin Alam Syah Ibni Sultan Alaiddin SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SYAH IBNI SULTAN ALAIDDIN (1898-1969), Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua (1960). Baginda diputerakan pada 13 Mei 1898 di Selangor. Baginda ialah putera ketiga Sultan Alaiddin Sulaiman Syah. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar di Kuala Langat, Selangor dan kemudiannya melanjutkan pelajaran menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. Baginda menamatkan pelajaran menengah ketika berusia 18 tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
S.O.K. UBAIDULLAH, TAN SRI | S.O.K. Ubaidullah, Tan Sri (1918- ) ialah tokoh Maal Hijrah 1989 dan Pengerusi Tetap Malaysian Indian Congress (MIC) semenjak 1 Januari 1994. Dia juga dikenali sebagai ahli perniagaan, pendakwah, dermawan, penulis, ahli akademik, dan ahli politik. S.O.K. Ubaidullah berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1938 sewaktu berusia 20 tahun. Ketika itu dia baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Madras, India. Dia bekerja dengan abang iparnya dari tahun 1939 hingga tahun 1949. Keluarganya tinggal di Sungai Ujong, Negeri Sembilan (kini kawasan tersebut dikenali sebagai Seremban), dan mengambil kontrak memberi perkhidmatan lampu pada waktu malam di bandar tersebut. Kemudian pada penghujung tahun 1949, dia berpindah ke Kuala Lumpur dan membuka cawangan perniagaan keluarganya di bandar tersebut dan memberi perkhidmatan yang sama di sepanjang Jalan Tun Perak (dahulu dikenali sebagai Jalan Mountbatten dan sebelumnya dikenali sebagai Java Street). | UMUM | |
KAPAK GENGGAM | KAPAK GENGGAM, alat batu yang digunakan oleh manusia pada zaman prasejarah atau Zaman Batu Lama. Kapak genggam yang paling awal ditemui di Chesowanja, Kenya, berusia lebih kurang 1.5 juta tahun. Walau bagaimanapun, taburan kapak genggam terdapat di seluruh dunia. Tradisi pembuatan kapak genggam lebih dikenal sebagai tradisi ‘Acheuleen’, nama daripada sebuah tapak di St. Acheul, Perancis yang dijumpai oleh Baoucher de Pethres pada tahun 1847. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Alat/Alatan |
CIK SITI WAN KEMBANG | CIK SITI WAN KEMBANG (1580-1677), pemerintah negeri bernama ‘Negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tagayong’ dengan gelaran Seri Maharaja Puteri. Mengikut sejarah tempatan, Cik Siti Wan Kembang ialah puteri kepada Raja Ahmad, Yang Dipertua Kelantan dengan isterinya yang bernama Cik Banun, anak bongsu kepada Nara Diraja, seorang pembesar Kelantan. Semasa Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang empat tahun, Raja Ahmad mangkat. Baginda digantikan oleh Raja Hussin dari Johor dengan gelaran Sultan Hussin. Raja Hussin ialah satu-satunya putera kepada Raja Umar, iaitu Sultan Johor yang bergelar Sultan ‘Ala Jalla Abdul Jalil II yang memerintah Johor dari tahun 1570 hingga tahun 1597. Sultan Hussin memerintah Kelantan selama 26 tahun, dari tahun 1584 hingga tahun 1610. Cik Siti Wan Kembang yang masih kecil itu diasuh oleh Sultan Hussin sebagai puteri angkat baginda. Apabila Sultan Hussin mangkat pada tahun 1610, Cik Siti Wan Kembang, ketika itu berusia lebih kurang 30 tahun, ditabal sebagai Raja Pemerintah Kelantan. Cik Siti Wan Kembang dikatakan bersemayam di Gunung Besar yang kemudian dinamai Gunung Cintawangsa yang sekarang ini terletak di sempadan Kelantan-Terengganu. Baginda tidak bersuami. Di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang negeri Kelantan bertambah maju dan terkenal sehingga ramailah pedagang termasuk yang datang dari luar negeri seperti dari negeri China, India dan Arab berniaga di Kelantan. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
CHE' DOL | CHE’ DOL (1873-1948), ulama. Dia lahir di Menajong, Wilayah Patani. Nama Che’ Dol yang sebenarnya ialah Ismail bin Mustafa. Dia mula belajar di Pondok Haji Wan Abdul Kadir Bendang Jaya, Patani semasa berusia tujuh tahun. Dia meneruskan pelajarannya ke Pondok Tuan Minau, Sungai Dua Seberang Perai, Pulau Pinang. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya ke Makkah selama lapan tahun. Di Makkah, dia berguru dengan Syekh Ahmad Patani, seorang ulama terkenal yang mengajar di Masjidilharam. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ROKIAH WANDA | ROKIAH WANDA, (1926-1994), pelakon dan penyanyi. Dia lahir di Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor. Nama sebenarnya ialah Fatimah binti Ali. ‘Wanda’ adalah nama timangan bagi suami keduanya, Syed Muhammad Murtadha. Dia menceburi bidang seni melalui pentas bangsawan ketika berusia 18 tahun. Kumpulan bangsawan yang pertama disertainya ialah Laila Sinaran Bulan. Kumpulan ini dipimpin oleh Encik Hanafi, yang kemudian menjadi suaminya. Melalui kumpulan bangsawan, dia dapat mengasah bakatnya dalam bidang nyanyian yang sememangnya diminatinya semenjak kecil. Bersama-sama kumpulan Laila Sinaran Bulan, dia menjelajah ke Singapura, Kelang, Melaka dan beberapa negeri lain di Semenanjung Malaysia. Selain Laila Sinaran Bulan, Rokiah Wanda juga mengikuti kumpulan bangsawan Seri City Opera of Malacca, di Melaka, dan Seri Rani Opera, di Singapura. 1"> | BUDAYA | Tokoh |