Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.wa.ta/] | برواتق

Definisi : mempunyai watak, berbudi pekerti, berkeperibadian: dia sendiri memang sudah ~ seniman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.wa.ta/] | برواتق

Definisi : berbudi pekerti; mempunyai sifat keperibadian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berwatak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAK PANDIR

PAK PANDIR, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat.  Pak Pandir ialah watak utama dalam cerita jenaka Melayu yang menggunakan judul yang sama.  Pak Pandir dan isterinya Mak Andeh berhuma di hujung kampung yang terpencil.  Pak Pandir berwatak lurus dan tidak bertindak melakukan sesuatu dengan sendirinya melainkan setelah disuruh oleh isterinya.  lsterinya lebih bijak daripadanya dan kerana kelurusannya, Pak Pandir dianggap sebagai bodoh dan dungu.

SASTERATokoh
WARNA SUASANAWARNA SUASANA, kumpulan puisi karya Masuri S.N. Kumpulan puisi yang mengandungi 91 buah puisi ini diterbitkan pada tahun 1962 oleh Oxford University Press, Kuala Lumpur.  Melalui Warna Suasana, Masuri S.N. memberikan kesan seorang penyair yang gelisah dan kurang gembira, keluhannya terhadap kesementaraan dan kepalsuan hidup, dan keharuannya terhadap penderitaan manusia. Di samping itu terlihat juga kesedarannya yang kuat tentang tugas dirinya sebagai seorang penyair di mana dia harus ‘berwatak jelas’ dan ‘berotak waras, dan untuk menyampaikan amanatnya dia harus menerima apa sahaja penghinaan yang datang.  Ini dapat dilihat dalam puisi “Sebagai Penyair”.SASTERAKonsep

Kembali ke atas