ASPARAGUS | Asparagus ialah sejenis sayur hijau yang berzat. Manusia memakan pucuk dan batang muda pokok asparagus ini. Pucuk ini biasanya dikenali sebagai spears . Asparagus merupakan sumber protein, vitamin dan galian-galian lain yang sangat baik. Untuk mendapat rasa yang terbaik serta nilai pemakanan yang paling tinggi, asparagus segar hendaklah dimasak hingga lembut dengan api kecil, supaya kekal warna hijaunya yang terang. | UMUM | |
MALNUTRISI | Malnutrisi ialah suatu keadaan tidak sihat yang disebabkan oleh makanan yang tidak berzat, makanan yang tidak sesuai, atau tubuh yang tidak dapat menyerap atau menggunakan zat makanan. Malnutrisi primer berlaku apabila tubuh mendapat terlalu banyak makanan, tidak memperoleh makanan yang cukup atau mendapat makanan yang tidak sesuai. Malnutrisi sekunder berlaku apabila, disebabkan penyakit, tubuh tidak boleh menggunakan zat makanan walaupun zat makanan itu terdapat dalam sesuatu makanan. | UMUM | |
OAT | Oat ialah tanaman bijirin yang penting. Peladang menanam oat terutamanya sebagai makanan haiwan ternakan, tetapi oat juga membekalkan makanan yang berzat kepada manusia. Biji pokok oat diproses dan digunakan dalam makanan seperti makanan oat, kek oat, biskut, dan bijirin sarapan yang sedia dimakan. | UMUM | |