SARDINIA | Sardinia ialah pulau milik Itali yang terletak di Laut Mediterranean di bahagian barat tanah besar Itali dan jaraknya melebihi 160 kilometer dari tanah besar tersebut. Daratan yang terdekat ialah Pulau Corsica (milik Perancis), yang terletak 14 kilometer di sebelah utara Selat Bonifacio. Nama Itali bagi Sardinia ialah Sardegna. Ia merupakan pulau Mediterranean yang kedua besarnya selepas Sicily. Luas Sardinia kira-kira 24 090 kilometer persegi. Pulau ini dan beberapa pulau lain yang berhampiran membentuk kawasan Sardinia yang mempunyai penduduk sebanyak 112 juta. Untuk lokasi Sardinia, lihat Itali (peta politik). | UMUM | |
PLANET | Planet adalah salah satu daripada sembilan objek besar yang beredar mengelilingi matahari. Planet-planet tersebut ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, dan Pluto. Pluto dianggap sebagai planet yang paling jauh kedudukannya dari matahari, walaupun pada tahun 1979 dan tahun 1999, jaraknya hampir dengan matahari berbanding dengan Neptun. Matahari, planet dan satelit nya (bulan), serta objek kecil lain yang dikenali sebagai asteroid, komet dan meteoroid membentuk sistem suria . | UMUM | |
SVALBARD | Svalbard ialah gugusan pulau di Lautan Artik yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Norway dan Kutub Utara. Pulau-pulau ini kepunyaan Norway dan Svalbard ialah namanya dalam bahasa Norway. Kadangkala ia dikenali dengan nama Jermannya, iaitu Spitsbergen. Svalbard mempunyai lima pulau besar dan banyak pulau kecil. Pulau-pulau utama dari segi saiz, ialah Spitsbergen, North East Land, Pulau Edge, Pulau Barents, dan Prince Charles Foreland. Luas Svalbard ialah 62 050 kilometer persegi. Jaraknya dari Kutub Utara ialah 1100 kilometer. (Lihat Lautan Artik [peta]; Norway [peta]). | UMUM | |