YOUNG, CY | Young, Cy (1867–1955), pemain besbol Amerika. Dia merupakan salah seorang pembaling kidal yang paling terkenal dalam sejarah permainan besbol. | UMUM | |
OH, SADAHARU | Oh, Sadaharu (1940– ), menjadi pemain besbol Jepun yang terkenal. Dia merupakan pemukul bola yang cemerlang, yang telah membuat skor 868 larian dalam kerjayanya ketika menyertai liga Jepun. Ia merupakan rekod dunia, lebih tinggi daripada yang dilakukan oleh Henry “Hank” Aaron dari Amerika. Sadaharu Oh lahir di Jepun, walaupun ibu bapanya berketurunan Cina. Selepas tamat sekolah tinggi di Waseda, dia menjadi pemain besbol profesional. Kerjayanya dalam liga utama bermula pada tahun 1959 setelah dia menganggotai Yomiuri. Dia bersara pada tahun 1980 dan kemudian dilantik sebagai pengurus Tokyo Giants. | UMUM | |
SOFBOL | Sofbol ialah permainan yang popular yang dimainkan oleh lebih daripada 30 juta orang di seluruh dunia. Sofbol hampir sama dengan besbol, tetapi peraturan bagi kedua-dua sukan itu berbeza dalam beberapa aspek. Pembalingan untuk sofbol mestilah dibuat secara underhand (bawah), dan pelari garisan belakang mesti menanti di garisan belakang sehingga pembaling melepaskan bola. Sofbol hanya memerlukan ruang dan peralatan yang sedikit, dan setiap perlawanan kawalan cuma memerlukan tujuh ining dan tidak sembilan seperti besbol. | UMUM | |
DOUBLEDAY, ABNER | Doubleday, Abner (1819–1893), pegawai tentera Amerika Syarikat yang dianggap sebagai pencipta permainan besbol. | UMUM | |
THORPE, JIM | Thorpe, Jim (1887–1953), atlet serba boleh terbaik dalam sejarah. Thorpe menjadi pemain bola sepak kolej dan profesional Amerika dan masyhur sebagai juara olahraga Olimpik. Dia juga bermain dalam liga-utama besbol Amerika. Dalam Sukan Olimpik tahun 1912, Thorpe muncul sebagai atlet pertama yang memenangi kedua-dua acara pentatlon dan dekatlon (lihat Olahraga [dekatlon, heptatlon dan pentatlon]). Tetapi lebih kurang sebulan kemudian, pingat tersebut ditarik balik. Kesatuan Olahraga Amatur memutuskan Thorpe seorang ahli sukan profesional dan tidak layak bertanding dalam Sukan Olimpik kerana dia didapati bermain besbol dengan bayaran yang rendah. Pada tahun 1982, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengembalikan pingat emas Thorpe dan memasukkan namanya dalam senarai juara Olimpik tahun 1912. | UMUM | |
ZAHARIAS, BABE DIDRIKSON | Zaharias, Babe Didrikson (1911?–1956) ialah atlet Amerika yang dianggap sebagai salah seorang atlet wanita teragung dalam sejarah sukan. Dia memperoleh kemasyhurannya yang bertahan lama dalam sukan golf dan olahraga, malah dia juga bertanding dalam pasukan bola keranjang, besbol, biliard poket, tenis, menyelam, dan juga berenang. | UMUM | |
RUTH, BABE | Ruth, Babe (1895–1948) ialah pemukul larian habis yang pertama dan hebat dalam sejarah besbol Amerika. | UMUM | Umum |