SARUNG TANGAN BESI | Sarung tangan besi ialah sarung tangan kulit yang disaluti plat keluli, dan dipakai oleh sateria Zaman Pertengahan sebagai sebahagian daripada baju besi mereka. Sarung tangan besi yang awal diperbuat daripada baju rantai (cincin logam yang bersambung antara satu dengan yang lain). Kemudian, sarung tangan besi mempunyai engsel untuk memudahkan pergerakan. Sarung tangan besi digunakan sehingga tahun 1600-an. | UMUM | |
SURAH AL-HADID | Surah al-Hadid ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-57 mengikut susunan surah-surah Al-Quran dan mengandungi 29 ayat. Surah ini dinamakan al-Hadid (besi) kerana kandungannya menceritakan tentang besi. Besi merupakan sumber kekuatan manusia dalam peperangan dan simbol pendamaian. Besi juga digunakan untuk membina bangunan. Selain itu, besi boleh digunakan untuk membina jambatan besar, membuat alat perisai, pedang dan panah, kereta kebal, kapal selam, kereta perisai yang berat dan barang-barang lain yang berfaedah. | UMUM | |
MEMBALING TUKUL BESI | Membaling tukul besi, acara padang yang menggunakan sejenis bola besi yang diikat pada dawai besi. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
SISTEM KUKU BESI | Sistem kuku besi ialah satu bentuk kerajaan yang ketuanya mempunyai kuasa yang tiada had terhadap rakyatnya. Pemimpin kuku besi tidak semestinya jahat dan zalim. Mereka mungkin baik dan bertimbang rasa, dan mereka juga mungkin meletakkan kebajikan rakyat mereka lebih penting daripada diri mereka sendiri. Tetapi kebiasaannya, pemimpin despot tidak dikongkongi oleh orang sekeliling mereka dan mereka kadang-kadang menggunakan sepenuh kuasa mereka untuk menjaga kedudukan mereka. | UMUM | |
PERLOMBONGAN BESI | PERLOMBONGAN BESI, kegiatan melombong bijih besi secara kecil-kecilan oleh orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Pada masa itu, hasil bijih besi hanya untuk kegunaan tempatan sahaja. Pada tahun 1921, bijih besi mula dieksport kerana mendapat permintaan yang menggalakan dari Jepun yang sedang mengembangkan industri besi dan keluli. Pada masa itu juga sebuah syarikat perlombongan Jepun, Ishihara Sangyo, memonopoli pengeluaran besi di Johor dan Terengganu. Hasil eksport bijih besi pada tahun 1921 berjumlah 74 250 tan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
PARU-PARU BESI | Paru-paru besi ialah sebuah alat yang digunakan untuk merawat paralisis (kelumpuhan) otot dan organ pernafasan. Paru-paru besi kadangkala dikenali sebagai respirator atau ventilator. | UMUM | |
BUKIT BESI | BUKIT BESI, kawasan perlombongan bijih besi yang utama di Malaysia antara tahun 1930 hingga tahun 1970, terletak di daerah Dungun, Terengganu. Bukit besi menjadi tulang belakang sumber ekonomi kerajaan negeri. Pada tahun 1930-an, cukai pendapatan utama Terengganu adalah daripada cukai eksport bijih besi. Pada tahun 1937, cukai eksport bijih besi merupakan lebih kurang 17 peratus daripada jumlah hasil yang diperoleh negeri Terengganu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
TAKONIT | Takonit ialah batu keras yang mengandungi lebih kurang 30 peratus besi dalam bentuk serbuk halus besi oksida. Kandungan yang selebihnya terdiri daripada mineral yang dinamakan chert . Takonit banyak didapati di Banjaran Mesabi di Minnesota, Amerika Syarikat. Ia adalah batuan induk yang daripadanya terbentuk mendapan bijih besi Mesabi yang terkenal. Longgokan bijih besi yang penting ini berada bertaburan dalam kawasan takonit yang panjangnya 160 kilometer dan lebarnya 1.5 kilometer hingga 3 kilometer. Besi dalam takonit wujud terutamanya sebagai oksida hitam magnetit atau batu magnet dan oksida merah hematit . | UMUM | |
HASIL KERJA BESI | | UMUM | |
TABIR BESI | Tabir Besi, adalah suatu frasa yang dipopularkan oleh Sir Winston Churchill pada tahun 1940-an. Frasa ini merujuk kepada dasar pemencilan Kesatuan Soviet selepas Perang Dunia II. Kesatuan Soviet mengenakan sekatan perdagangan dan penapisan yang tegar sehingga menyekat negara tersebut dan negara “satelit” Eropah Timurnya daripada dunia luar. | UMUM | |