HALWA | HALWA, penganan manis yang diperbuat daripada buah-buahan seperti betik, nanas, kundur, mangga, nangka, limau kasturi, belimbing dan cermai. Buah-buahan ini digubah seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran dan lain-lain. Halwa disediakan untuk hari raya dan majlis perkahwinan atau sebagai hidangan biasa. | BUDAYA | Konsep |
PULAU MAGNETIC | Pulau Magnetic terletak di antara Terumbu Sawar Besar dengan pantai Queenslands, Australia , lebih kurang 10 kilometer ke timur laut Townsville. Pulau ini ialah sebuah taman negara dengan keluasan 50 kilometer persegi. Sebahagian besar pulau itu bergunung-ganang dan dipenuhi hutan tebal. Namun terdapat perkampungan di pantai yang popular sebagai tempat peranginan dan pelancongan. Sebahagian penghuni pulau ini menjalankan perniagaan hotel dan rumah tetamu manakala yang lainnya menanam dan menjual nanas dan betik. | UMUM | |
ULAM | ULAM, daun-daun dan buah-buahan yang dimakan mentah bersama-sama nasi dan sambal belacan. Di Indonesia, ulam disebut ‘lalap’. Daun-daun yang dimakan sebagai ulam seperti ulam raja, pegaga, daun salam, aring-aring dan kaduk. Pucuk betik, bebuas, gajus, putat dan kedondong juga boleh dijadikan ulam. Ulam jenis sayur ada yang dimakan mentah seperti timun, kubis, kacang panjang, kacang botol, cili dan buah-buahan seperti petai, jering, kerdas dan ada yang direbus seperti peria dan terung. | BUDAYA | Makanan |