BETING PASIR | Beting pasir, longgokan bahan enapan yang memanjang selari dengan garisan pinggir pantai. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
TEBING DOGGER | Tebing Dogger ialah sebuah tebing pasir yang luas di luar pantai Laut Utara kira-kira 160 kilometer di pantai timur laut England. Air di permukaan beting ini adalah antara 15 hingga 37 meter dalam. Kawasan ini merupakan tempat ikan kod dan ikan hering mencari makan. Semasa Perang Dunia I, pada tahun 1915, tidak jauh dari tebing Dogger ini berlaku pertarungan antara Angkatan Laut Diraja Inggeris dengan angkatan laut Jerman. Pertarungan ini tidak membawa kemenangan kepada mana-mana pihak. | UMUM | |
TANJUNG HATTERAS | Tanjung Hatteras ialah tanjung tinggi yang indah yang terletak di hujung tenggara Pulau Hatteras yang menjadi sebahagian daripada Outer Banks. Tanjung ini terletak lebih daripada 48 kilometer ke timur pantai Carolina Utara di Amerika Syarikat (lihat Carolina Utara ). Beting Diamond Shoals berbahaya bagi kapal, hingga tempat ini digelar Perkuburan Atlantik (Graveyard of the Atlantic). Rumah api dan stesen api luar pesisir memberi amaran kepada kapal supaya mengelak kawasan tersebut. Cape Hatteras National Seashore terletak di Tanjung Hatteras. | UMUM | |
SELAT MELAKA | SELAT MELAKA, perairan penting dan laluan utama di antara Timur dengan Barat. Selat Melaka memisahkan Sumatera dengan Semenanjung Malaysia lebih 600 batu nautika. Selat ini juga menghubungkan Lautan Hindi dengan Laut China Selatan. Kelebarannya berbeza-beza dari tiga batu nautika di laluan paling sempit berhampiran Singapura, hingga 300 batu nautika berhampiran jalan masuk di barat laut. Selat Melaka agak cetek dan di jalan masuk di bahagian selatan terdapat banyak pulau kecil yang dikelilingi oleh terumbu, beting pasir dan arus yang berbahaya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |