Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul-betul;

Puisi
 

Sayang mastali benang mastali,
     Anak patu dikasi makan;
Betul-betul memegang janji,
     Seperti paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Diindang ditampi teras,
     dipilih antah satu-satu.

Bermaksud :

Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

 

Lihat selanjutnya...(15)

25

Dogs that bark don't always bite

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NADIR

Nadir ialah titik di angkasa yang betul-betul berada

di atas kepala seseorang yang berdiri. Bagi

seseorang pemerhati di bumi, langit kelihatan

seperti separuh kubah dengan bahagian tepinya

membentuk satu bulatan besar yang terletak di atas

permukaan bumi yang rata. Bayangkan satu garisan

ladung tergantung dari bahagian pusat kubah ini,

betul-betul di atas kepala anda, dan melalui pusat

bumi ke angkasa sehingga ke titik pusat separuh

kubah yang tidak kelihatan itu yang terletak di

bawah bumi. Kedua-dua titik yang menandakan

penghujung garisan ladung yang kita bayangkan

tadi, ialah zenit dan nadir. Titik-titik ini ialah kutub

bagi ufuk, dan setiap satunya berkedudukan 90°

darjah dari ufuk tersebut. Lihat juga Zenit.

UMUM 
ANTIPOD

Antipod ialah dua tempat yang betul-betul

bertentangan kedudukannya antara satu dengan

yang lain pada glob. Kata ini asalnya kata Yunani

yang bermaksud kaki ke kaki . Dua orang yang

berdiri di antipod akan bertemu tapak kaki masing-

masing. Kawasan yang terletak di sekitar Australia

dan New Zealand biasanya dikenal sebagai

antipod. Orang Inggeris adalah yang mula-mula

sekali menggunakan istilah antipod kerana kedua-

dua negara itu terletak hampir bertentangan

dengan England.

UMUM 
RIZOM

Rizom ialah batang mendatar yang tumbuh di

permukaan tanah atau betul-betul di bawah

permukaan tanah. Rizom mengeluarkan daun dan

bunga di atas permukaan tanah, dan akar kecil di

bawah permukaan tanah.

UMUM 
SFEROID

Sferoid ialah rajah padu yang menyerupai sfera

tetapi bentuknya tidak betul-betul bulat. Bumi ialah

sferoid oblat kerana lebarnya di sepanjang Garisan

Khatulistiwa melebihi ukuran panjangnya dari

Kutub Utara ke Kutub Selatan. Bola ragbi ialah

sferoid lonjong kerana ukuran panjangnya

melebihi ukuran lebarnya.

UMUM 
ANTIJIRIM

Antijirim ialah jirim yang terdiri daripada zarah

asas yang bertentangan dengan zarah biasa. Zarah

yang bertentangan ini dinamakan antizarah .

Sesuatu antizarah betul-betul sama sifatnya

dengan zarah biasa kecuali casnya yang

bertentangan. Contohnya, elektron ialah zarah

biasa yang mempunyai cas elektrik negatif.

Antizarahnya, iaitu positron, betul-betul sama

dengannya kecuali positron mempunyai cas

elektrik positif. Antizarah juga bergabung seperti

zarah biasa. Contohnya, antineutron boleh

bergabung dengan antiproton dan dengan itu

membentuk antideuteron, iaitu nukleus atom

antideuterium.

UMUM 
TASIK ILMEN

Tasik Ilmen ialah tasik air tawar yang terletak

di bahagian barat laut Rusia betul-betul di

selatan Novgorod. Panjangnya kira-kira 42

kilometer dan lebarnya 34 kilometer. Sungai

yang mengalir ke dalam tasik tersebut

termasuklah Sungai Msta, Lovat’ dan Shelon’.

Tasik Ilmen mengalir ke utara melalui Sungai

Volkhov masuk ke Tasik Ladoga. Sungai Msta

dan Volkhov dihubungkan oleh dua terusan yang

merupakan sebahagian daripada jalan air yang

menganjur dari Laut Baltik ke Laut Hitam. Untuk

lokasi, lihat Rusia (peta rupa bumi).

UMUM 
SINAR ULTRAUNGU

Sinar ultraungu ialah bentuk cahaya yang tidak

boleh dilihat dengan mata kasar, yang terletak

betul-betul melepasi penghujung warna ungu

kebiruan dalam spektrum cahaya tampak.

Matahari ialah sumber semula jadi utama sinar

ultraungu. Kilat, atau sebarang percikan elektrik

yang lain di udara juga mengeluarkan sinar

ultraungu. Sinar ini boleh dihasilkan secara tiruan

dengan melalukan arus elektrik melalui satu gas

atau wap seperti wap merkuri. Sinar ultraungu

boleh menyebabkan selaran matahari.

Pendedahan yang berlebihan terhadap sinar ini

boleh menyebabkan kanser kulit. Sinar ultraungu

juga memusnahkan organisma yang berbahaya

dan mempunyai manfaat yang lain.

UMUM 
MEXICALI

Mexicali (pend. 601 938) ialah ibu negeri dan salah

sebuah bandar yang terbesar di negeri Baja

California Norte di Mexico. Mexicali terletak betul-betul

di seberang sempadan dari Calexico, California,

A.S. Untuk lokasinya, lihat Mexico (peta politik). Nama

kedua-dua buah kota ini merupakan gabungan

perkataan Mexico dan California.

UMUM 
PERSEKUTUAN NEGERI-NEGERI MICRONESIA

Persekutuan Negeri-negeri Micronesia

ialah negara yang terletak di Lautan Pasifik Utara.

Persekutuan Negeri-negeri Micronesia (Federated

States of Micronesia [FSM]) terdiri daripada 607

buah pulau yang terletak betul-betul ke utara

garisan Khatulistiwa dalam kumpulan Pulau

Caroline. Jumlah keluasan hanya 702 kilometer

persegi tetapi pulau itu berserakan dalam kawasan

lautan seluas kira-kira 2.5 juta kilometer persegi.

Amerika Syarikat mengambil alih kepulauan ini

pada tahun 1945. Amerika Syarikat masih lagi

bertanggungjawab terhadap pertahanannya

walaupun FSM kini adalah sebuah negara merdeka.

UMUM 
KOHLRABI

Kohlrabi ialah sayur yang batangnya besar dan

ditanam untuk dimakan. Bahagian atas batangnya

berbentuk seperti bebawang dan tumbuh

betul-betul di atas tanah.

UMUM 
12345

Kembali ke atas