| O'NEILL, EUGENE GLADSTONE | O’Neill, Eugene Gladstone (1888–1953), dianggap penulis skrip drama Amerika yang terulung. Dia menjadi dramatis Amerika yang pertama menulis kisah tragedi secara konsisten. O’Neill menerima Hadiah Nobel dalam bidang kesusasteraan pada tahun 1936. Empat daripada karya dramanya memenangi Hadiah Pulitzer– Beyond the Horizon pada tahun 1920; Anna Christie pada tahun 1922; Strange Interlude pada tahun 1928; dan Long Day’s Journey into Night pada tahun 1957. | UMUM | |
| MAITLAND, FREDERIC WILLIAM | Maitland, Frederic William (1850–1906), ahli sejarah Inggeris yang merintis pengajian sejarah hukum Inggeris yang awal. Kajiannya melahirkan banyak bahan yang kini diketahui sejarah hukum Anglo-Saxon. Maitland dapat menyaring pelbagai bukti yang bertentangan serta membingungkan dan seterusnya mencari yang benar. Karya- karyanya yang penting termasuklah History of the English Low (1895), yang ditulis bersama dengan Frederick Pollack, dan Domesday Book and Beyond (1897). | UMUM | |