BIASISWA RHODES | Biasiswa Rhodes ialah anugerah yang membolehkan pelajar dari beberapa buah negara belajar di Oxford University, England. Biasiswa ini membiayai bayaran tuisyen pelajar dan juga elaun perbelanjaan sara hidup. Biasiswa ini diberi selama dua tahun, tetapi kadangkala dilanjutkan untuk tahun ketiga. | UMUM | |
BIASISWA | Biasiswa ialah sejumlah bantuan berbentuk wang atau yuran yang diberikan percuma kepada pelajar berasaskan pencapaian, kebolehan, atau keperluan kewangan. Biasiswa biasanya disifatkan sebagai penghormatan terhadap pengiktirafan pencapaian akademik yang ulung, juga sebagai bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukannya. Pada umumnya biasiswa diberikan sebagai satu cara memilih dan melatih mereka yang berkeupayaan agar menjadi aset berguna kepada masyarakat dan negara. | UMUM | |
BIASISWA FULBRIGHT | Biasiswa Fulbright ialah anugerah yang diberikan oleh kerajaan Amerika Syarikat bagi penyelidikan, pengajaran, atau kajian graduan. Program biasiswa tersebut dimulakan di bawah Fulbright Act tahun 1946, dinamakan mengikut nama penajanya, Senator J. William Fulbright dari Arkansas. Ia cuba menggalakkan pemahaman yang lebih baik antara rakyat Amerika Syarikat dengan rakyat negara lain. | UMUM | |
SHREWSBURY SCHOOL | Shrewsbury School , diasaskan oleh Raja Edward VI pada tahun 1552 adalah antara sekolah awam yang terkenal di England. Sekolah ini terletak di luar bandar Shrewsbury. Selepas melalui kemerosotan pada tahun 1700-an, dua orang pengetuanya yang ulung telah mengembalikan reputasinya. Samuel Butler, yang berkhidmat dari tahun 1798 hingga tahun 1836, telah menaikkan kadar biasiswa. Benjamin Kennedy, pengetua dari tahun 1836 hingga tahun 1866, telah menambahkan pengajian moden dan menggalakkan minat dalam muzik dan sukan. | UMUM | |
SYED SHEH SYED HASSAN BARAKBAH, TUN | SYED SHEH SYED HASSAN BARAKBAH, Tun, (1906-1975), Ketua Hakim Negara (1966) dan Gabenor Pulau Pinang yang keempat (1969-1974). Beliau lahir pada 10 November 1906 di Alor Setar, Kedah. Syed Sheh mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar sebelum melanjutkan pelajarannya ke England dengan biasiswa kerajaan Kedah. Di sana, beliau memasuki Inner Temple untuk mengikuti kursus undang-undang dan lulus pada tahun 1934. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NUR MISUARI | NUR MISUARI, Datuk Seri ( ? - ), tokoh pejuang Islam Filipina dan pemimpin Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF). Dia lahir di Sulu, Filipina Selatan. Dia dianugerahi biasiswa ‘Commission on National Integration College Programme’ semasa belajar di University of Philippines dan memperolehi ijazah Sains Politik. Dia pernah bertugas sebagai pensyarah di Pusat Asia di universiti yang sama sehinggalah dia menghilangkan diri setelah terlibat dalam pergerakan bawah tanah untuk memimpin menentang pemerintahan Presiden Ferdinand Marcos. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
LATIFF MOHIDIN | LATIFF MOHIDIN (1938- ), pelukis dan penyair. Dia lahir pada 20 Ogos 1938 di Lenggeng, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Abdul Latiff bin Haji Mohidin. Dia pernah menggunakan nama pena Alma dan A. Latiff Mohidin. Latiff mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lenggeng, Sekolah Melayu Kota Raja dan Mercantile Institution, Singapura. Kemudian dia belajar di Sekolah King George V di Seremban hingga lulus School Certificate (1959). Dia ditawarkan biasiswa oleh pemerintah Republik Persekutuan Jerman untuk melanjutkan pengajian di Academy of Fine Arts, Berlin, (1960-1964). Pada tahun 1969, dia mempelajari seni goresan di Atelier La Courriere, Paris dengan bantuan Kementerian Kebudayaan Perancis dan menyambung kursus yang sama di Pratt Graphic Centre, New York, Amerika Syarikat. | SASTERA | Tokoh |
EUSOFFEE ABDOOLCADER, TAN SRI | EUSOFFEE ABDOOLCADER, Tan Sri (1924 – 1996), hakim dan ahli perundangan. Dia lahir pad 18 September 1924 di Pulau Pinang, Eusoffee memulakan pengajianya di Penang Free School, Pulau Pinang an meneruskan pengajian ke Raffles College, Singapura. Dia melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di University of Kyoto dan seterusnya ke University College, University of London. Dia mendapat penghormatan tertinggi sebagai pemegang Biasiswa pelajar University of London bagi bidang perundangan dari tahun 1949 hingga tahun 1950 dan mendapat ijazah Sarjana Muda Undang-undag dengan kepujian Kelas Satu. Dia adalah ahli Gray’s Inn dan seterusnya diterima sebagai peguam di United Kingdom pada 26 Januari 1950. Dia diterima sebagai peguam di Tanah Melayu pada 30 Mac 1951 dan seterusnya bertugas di Singapura pada 12 November 1969. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PARID WARDI SUDIN | PARID WARDI SUDIN (1944- ), ahli akademik dan arkitek. Dia lahir pada 9 Februari 1944 di Johor dan mendapat pendidikan awal di Johor. Pada tahun 1964, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di University of Wales, United Kingdom dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia dan mendapat Diploma Seni Bina pada tahun 1970. Sekembalinya ke tanah air, dia terus mendaftar dengan Pertubuhan Arkitek Malaysia. Dia kemudian menjadi arkitek berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia. | BUDAYA | Tokoh |
TH. SRI RAHAYU PRIHATINI | TH. SRI RAHAYU PRIHATINI (1944 - ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 7 Mei 1944 di Yogyakarta, Indonesia. Dia dibesarkan dalam lingkungan keluarga guru. Pendidikan formal yang pernah diterimanya ialah Sekolah Dasar (1950 – 1956), Sekolah Guru Bawah (1956 – 1960), Sekolah Guru Atas (1960 – 1963), Falkutas Sastra Universitas Gadjah Mada (1963 – 1971); mengikuti Program Studi Pasca Sarjana di Universitas Gadjah Mada, dan memperolehi Sarjana dari University Flinders, Australia (1983 – 1985) atas biasiswa daripada The Ford Foundation. Pada tahun 1993, dia memperolehi Doktor Falsafah dari Universitas Indonesia. | SASTERA | Tokoh |