Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.da.da.ri] | بيداداري

Definisi : 1. dewi di syurga atau di kayangan; 2. ki perempuan yg cantik rupawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.da.da.ri] | بيداداري

Definisi : 1 dewi di syurga atau di kayangan. 2 perempuan yg cantik rupawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bidadari

Puisi
 

Mastika di Tanjung Tuan,
     Pakai anak bidadari;
Gunung tinggi kuasa Tuhan,
     Duri di hutan tajam sendiri.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEWI

Dewi ialah bidadari mitologi yang jelita yang

menjaga beberapa alam semula jadi yang berbeza.

UMUM 
SCYLLA

Scylla, dalam mitologi Yunani, pada mulanya

merupakan seorang bidadari yang cantik. Penyair

Rom, Ovid menceritakan bagaimana dewa laut,

Glaucus, jatuh cinta dengan Scylla apabila Glaucus

melihat Scylla berjalan di pantai Selat Messina.

Scylla tidak mencintai Glaucus. Glaucus

mendapatkan bantuan tukang sihir wanita bernama

Circe. Circe pula meminta Glaucus mencintainya

dan bukan Scylla, tetapi Glaucus enggan

melayaninya. Circe menjadi sangat marah dan

menukar Scylla menjadi raksasa laut, yang

mempunyai tubuh separuh wanita dan separuh

ikan serta beberapa kepala anjing tumbuh dari

pinggangnya.

UMUM 
SULTAN IBRAHIMKapsyen          :           Sultan Ibrahim

 

SULTAN IBRAHIM (1873-1959), Sultan Johor (1895-1959).  Baginda adalah raja Melayu yang paling lama memerintah. Baginda diputerakan pada 17 September 1873 di Istana Bidadari, Singapura. Baginda adalah putera Sultan Abu Bakar dan Encik Besar Zubidah. Setelah mendapat pendidikan asas, baginda menjalani latihan ketenteraan dengan Angkatan Timbalan Setia Negeri Johor. Baginda kemudian ditauliahkan sebagai leftenan muda dan dilantik sebagai juruiring ayahanda baginda.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas