Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biduk

Puisi
 

Apakah lilin di biduk,
     Namun gala-gala jua;
Apakah kirim mande esok,
     Anak berurai air mata jua.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Biduk tiris menanti karam.

Bermaksud :

Sudah tak tertolong lagi.

 

Lihat selanjutnya...(35)

283

Kill two birds with one stone

Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan.

Sambil berdendang, biduk hilir.

We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there.

Kami betul-betul sambil berdendang, biduk hilir di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BIDUK

 

BIDUK, sejenis perahu yang tidak besar, biasanya berukuran 4.2 m panjang, 0.75m lebar dan 0.38 m tinggi.  Biduk dapat membawa antara dua hingga tiga orang penumpang sahaja.  Biduk dikenal dengan pelbagai nama mengikut bentuk, ukuran dan tempat.  Di Johor, Singapura dan Kepulauan Riau, biduk dikenal sebagai sampan dan sampan riau.  Di pantai timur Semenanjung Malaysia, biduk dikenal sebagai mat rian dan perahu etok. Ada juga tempat yang memanggilnya sebagai belongkang, beranta, jampul, lopek, laca, ketiap, ludang atau seludang.  Biduk digunakan oleh nelayan pantai di sungai atau laut.

BUDAYAKenderaan/Pengangkutan

Kembali ke atas