SAINT BERNARD | Saint Bernard ialah anjing besar, bijak yang menjadi terkenal kerana menyelamatkan pengembara yang sesat. Anjing ini dilatih pada tahun 1600-an oleh sekumpulan rahib dari biara St. Bernard, di Pergunungan Alps Switzerland. Pada masa itu, ramai pengembara pergi ke Pergunungan Alps dengan berjalan kaki. Ada yang sesat semasa perjalanan atau tertimbus oleh salji hanyut atau ribut salji yang datang secara tiba-tiba. St. Bernard dilatih untuk menyelamatkan mereka yang menghadapi masalah begini. Dengan deria bau yang tajam, St. Bernard boleh menjumpai orang yang tertimbus di bawah timbunan salji. Setelah menemui mangsa, ia meminta pertolongan dengan menyalak kuat-kuat. Anjing ini juga dilatih untuk memandu pengembara melalui laluan yang berbahaya, dan memberi amaran tentang tempat berpijak yang berbahaya. Pelukis Inggeris, Sir Edwin Landseer, melukis gambar anjing ini pada sebuah tong kayu kecil yang tergantung di lehernya. Tetapi pihak berkuasa menyatakan St. Bernard tidak pernah membawa tong kecil ini semasa misi menyelamat. | UMUM | |
MOLTKE, HELMUTH KARL VON | Moltke, Helmuth Karl von (1800–1891) ialah tentera Prussia yang bijak. Dia hampir setaraf dengan Putera Otto von Bismarck sebagai pembina Empayar Jerman. | UMUM | |
KELPIE AUSTRALIA | Kelpie Australia ialah anjing biri-biri yang benar-benar aktif dan sangat bijak dengan naluri semula jadi untuk mengawal biri-biri dan yang tidak mengenal penat untuk bekerja. Kelpie adalah anjing yang gemalai, berotot dan berlari dengan pantas. Kelpie berasal daripada anjing collie Scotland berbulu pendek. Anjing ini mempunyai bulu yang pendek dan telinga yang tegak. Warna bulunya adalah hitam, sawo matang, merah, perang muda, coklat atau biru asap. Pemenang lumba percubaan anjing biri-biri Australia yang pertama pada tahun 1872 dikenali sebagai Kelpie (bahasa Gaelic bagi pari-pari air) dan nama bakanya diperoleh daripada jualan anak Kelpie. | UMUM | |
TIRMIDHI, ABU ISA AL- | Tirmidhi, Abu Isa al- (209–279 H./824–892 M.), hafiz dan imam yang sangat berilmu dan bijak. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Isa ibn Sawrah ibn Musa bin al-Dahhak, al-Tirmidhi, Abu Isa merupakan pengarang kitab al-Jami’ . Abu Isa al- Tirmidhi. | UMUM | |
SOLON | Solon (639?˙–559? S.M.) ialah penggubal undangundang yang masyhur. Dia terkenal sebagai salah seorang daripada tujuh orang bijak pandai Yunani. | UMUM | |
DARROW, CLARENCE SEWARD | Darrow, Clarence Seward (1857–1938), peguam Amerika yang paling masyhur pada awal tahun 1900-an. Dia amat bijak dan petah, dan terkenal di seluruh dunia sebagai seorang peguambela dalam mempertahankan kes jenayah. | UMUM | |
PERTEMPURAN WATERLOO | Pertempuran Waterloo yang berlaku pada 18 Jun 1815 ialah pertempuran terakhir bagi Napoleon Bonaparte, iaitu pemerintah tentera Perancis yang bijak. Pertempuran ini menamatkan cita-cita tinggi politiknya untuk memerintah seluruh benua Eropah. Kekalahannya ini amat teruk, sehingga apabila seseorang itu mengalami sesuatu kecelakaan atau kekalahan yang dahsyat, kita akan mengatakan bahawa orang itu “telah menemui Waterloonya.” | UMUM | |
NIKOLAIS, ALWIN | Nikolais, Alwin (1912–1993), koreografer (penggubah tarian) Amerika. Koreografinya memperlihatkan kombinasi gerakan manusia, kostum, pencahayaan, props, dan pemandangan yang bijak. Dia mereka bentuk setiap unsur sesuatu persembahan dan menggubah muziknya. | UMUM | |
SAINTE-BEUVE, CHARLES AUGUSTIN | Sainte-Beuve, Charles Augustin (1804–1869), pengkritik Perancis yang menjadi pelopor teragung kritikan sastera menurut kaedah biografi. Menulis dalam gaya yang halus dan bijak, dia melibatkan diri dalam keseluruhan bidang seni dan persuratan. Esei yang sangat baik diterbitkan dalam Literary Portraits (1829–1846), Contemporary Portraits (1846), Monday Chats (1853–1862) sebanyak 15 jilid, dan More Monday Chats (1863– 1872) sebanyak 10 jilid. | UMUM | |
ANOUILH, JEAN | Anouilh, Jean (1910–1987), penulis drama popular Perancis yang menghasilkan banyak karya. Dia terkenal dengan dramanya yang sangat cemerlang. Dia menyifatkan drama komedinya sebagai “ros” atau “bijak”. Biasanya dramanya menonjolkan kesulitan emosi yang berpunca daripada wang, sama ada kerana kekurangan wang atau terlalu banyak wang. Watak utama dalam dramanya terdiri daripada orang muda sensitif yang sentiasa tercari-cari kepastian dan orang tua yang agak aneh. Antara karya komedinya termasuklah Thieves Carnival (1932), Time Remembered (1939), Ring Round The Moon (1947), The Rehearsal (1950). | UMUM | |