Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ja/.sa.na] | بيجقسان

Definisi : berakal budi, arif, pandai dan berhati-hati, cerdik: Bendahara Paduka Raja itulah dikatakan orang ~; membijaksanakan menjadikan seseorang bijaksana: sajak ini tidak ~ pembaca utk menggunakan daya renung yg lebih dinamik; kebijaksanaan perihal bijaksana, perihal menggunakan akal budi: mereka menjalankan tugas ini dgn penuh ~, penuh perasaan tanggungjawab dan keberanian; kemerdekaan Tanah Melayu telah dicapai kerana ~ pimpinan parti pemerintah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ja/.sa.na] | بيجقسان

Definisi : pandai menggunakan akal fikirannya; luas pengetahuan serta banyak pengalamannya; tajam fikirannya: Pd zaman pemerintahan Sultan Alaudin yg adil dan ~ itu, negeri Melaka makin maju dan makmur. kebijaksanaan kepandaian menggunakan akal fikiran; kecekapan berfikir: Kerana ~ pemandulah, maka kita terselamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bijaksana

Peribahasa

Menarik rambut di dalam tepung.

Bermaksud :

Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SONDHEIM, STEPHEN

Sondheim, Stephen (1930– ) ialah

penggubah dan penulis lirik Amerika yang terkenal

dengan komedi muzikalnya. Sondheim popular

melalui lirik yang lucu tetapi bijaksana, melodi

yang kompleks, dan plot yang canggih. Dia

memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1985, untuk

drama Sunday in the Park with George (1984).

Dia memenangi Academy Award untuk lagu

“Sooner or Later” daripada filem Dick Tracy (1990).

UMUM 
KANUN JUSTINIAN

Kanun Justinian. Justinian I, pemerintah

Empayar Rom Timur dari tahun 527 M. hingga

tahun 565 M., memerintah 10 orang yang paling

bijaksana dalam jajahannya untuk menggubal satu

koleksi undang-undang Rom. Koleksi ini dikenali

sebagai Corpus Juris Civilis, yang bererti Body of

Civil Law juga dikenali sebagai Justinian.

UMUM 
SCHULZ, CHARLES MONROE

Schulz, Charles Monroe (1922–2000), pelukis

kartun Amerika yang mencipta komik “Peanuts”.

Lukisannya yang mudah memaparkan watak

kanak-kanak yang sering meluahkan kata-kata yang

lucu tetapi bijaksana mengenai kehidupan. Charlie

Brown, Lucy, Linus, dan sebagainya – termasuk

anjing bernama Snoopy – diminati oleh kanak-

kanak dan juga orang dewasa.

UMUM 
NENEK KEBAYAN

Nenek Kebayan, perempuan tua yang bijaksana dan mempunyai sifat yang baik serta suka menolong seperti yang digambarkan dalam hikayat dan cerita rakyat Melayu.

SASTERATokoh
RAMAYANA

Ramayana ialah salah satu daripada dua puisi

epik yang teragung di India. Satu lagi ialah epik

Mahabharata . Wira Ramayana ialah Rama, putera

dan waris takhta seorang raja India (lihat Rama ).

Rama lahir di negara Ayodhya (dahulunya Oudh,

kini sebahagian daripada Uttar Pradesh).

Visvamitra, guru Rama yang bijaksana telah

mengajarnya prinsip yang harus dipatuhi untuk

menjadi raja.

UMUM 
ANDALUS, PEMBUKAAN.

Andalus, Pembukaan. Musa ibn Nusayr dilantik

sebagai pemerintah Maghribi (Barat Laut Afrika) pada

tahun 89 H bersamaan dengan tahun 707 M. Dia

dilantik menggantikan Hassan ibn al-Nu‘man yang

dipecat kerana kes perselisihannya dengan Gabenor

Mesir. Pada permulaan zaman pemerintahan Musa

ibn Nusayr, orang Barbar telah memberontak

menentangnya, tetapi dia dapat menghapuskan

pemberontakan itu dengan kekerasan. Seterusnya dia

berjaya membuka Tangier yang merupakan kubu

terakhir puak Barbar tersebut, lalu melantik Tariq ibn

Ziyad menjadi gabenor di situ. Musa menggunakan

dasar yang sangat bijaksana untuk menghentikan

pemberontakan Barbar yang sering berulang, iaitu

dengan mengislamkan seluruh negeri itu. Musa

berjaya mengajak kaum Barbar memeluk Islam dan

melatih beribu-ribu orang dalam kalangan mereka

menjadi tenteranya. Kemudian dia menyediakan

armada laut yang besar untuk melindungi sempadan

kawasan pantai daripada serangan tentera Rom. Di

samping itu dia memulakan serangan ke atas pulau-pulau

dan markas tentera Rom yang berhadapan

dengan pantai Afrika Utara, iaitu Kepulauan Balearic,

Sicily dan Sardinia, sehingga daerah kekuasaannya

meliputi semua kawasan persisiran kecuali Ceuta, di

timur Tangier yang merupakan kubu kuat Rom.

UMUM 
NABI SULAYMAN A.S.

Nabi Sulayman a.s. Nama penuh baginda ialah

Sulayman ibn Daud ‘Alaihimassalam yang berasal

dari keturunan Yahudha ibn Ya’kub ibn Ishaq. Nabi

Allah Daud a.s. mewasiatkan kekuasaan kepada Nabi

Sulayman a.s. selepas kewafatan Nabi Daud a.s. Oleh

itu, selepas Nabi Daud wafat, Nabi Sulayman

melaksanakan wasiat tersebut. Pada ketika itu Nabi

Sulayman a.s. baru berusia 13 tahun. Meskipun

usianya masih terlalu muda, Nabi Allah Sulayman

seorang yang bijaksana, cekap dalam urusan

pentadbiran dan memiliki pendapat yang bernas

untuk memutuskan sesuatu hukum. Sebagai contoh

Nabi Allah Sulayman telah memberi pendapatnya

berkenaan bercucuk tanam seperti yang diceritakan

dalam al-Qur'an. Begitu juga, dalam mengeluarkan

fatwa apabila berlaku perselisihan pendapat antara

dua orang perempuan tentang kedudukan kanak-

kanak dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam

Bukhariy dan Muslim. Nabi Allah Sulayman

membina Baitulmaqdis selepas empat tahun dilantik

sebagai raja dan pembinaannya siap dalam masa

tujuh tahun. Nabi Allah Sulayman juga telah

mendirikan benteng di sekeliling kota Baitulmaqdis.

Selepas 13 tahun pembinaan kota tersebut, Nabi

Sulayman a.s. turut mendirikan Istana Raja pula.

Bahkan Nabi Sulayman a.s. mendirikan tempat

penyembelihan binatang korban.

UMUM 
TAMSIL

TAMSIL, bahasa kiasan yang memberikan perbandingan dengan jelas, dipersembahkan dalam ungkapan yang panjang dan mengandungi pengajaran.  Tamsil mempunyai persamaan dengan bidalan, pepatah dan perumpamaan.  Tamsil boleh diambil daripada peribahasa yang sudah terkenal, atau daripada ciptaan sendiri.  Dalam beberapa contoh, tamsil lebih mendekati `kiasan asal’, tetapi telah diluaskan dengan kata-kata yang bernas, bersifat simbolik serta mengandungi fikiran yang bijaksana.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas