| ANAXAGORAS | Anaxagoras (500?–428 S.M.) ialah ahli falsafah Yunani yang awal. Dia membahaskan bahawa perubahan jirim tidak berlaku, meskipun ia kelihatan seperti berlaku. Anaxagoras mengandaikan bahawa semua benda terdiri daripada begitu banyak “biji benih” pelbagai jenis jirim. Biji-biji benih ini tidak pernah berubah, tetapi hadir bercampur dalam kombinasi yang berbeza-beza. Perubahan jelas jirim hanyalah merupakan kombinasi semula biji-biji benih yang tidak berubah. Untuk membolehkan berlakunya kombinasi semula ini, gerakan diperlukan. | UMUM | |
| MESIN PENYEMAI | Mesin penyemai yang juga dikenali sebagai pembenih, ialah mesin yang ditarik oleh traktor untuk meletakkan biji-bijian kecil dan biji rumput di dalam tanah. Mesin ini menanam biji pada kedalaman yang sama dalam baris yang sempit kira-kira 15 hingga 20 sentimeter jaraknya. Mekanismenya terdiri daripada pembuka tajak, corong tuang, alat penyumbat biji dan roda tekan atau rantai pendek. Tajak menggali batas (baris berbajak) pada tanah. Corong tuang ialah kotak panjang, sempit yang mengandungi biji yang hendak disemai. Alat penyumbat biji dilekatkan pada bahagian dasar corong tuang. Ia memasukkan amaun biji yang disukat melalui tiub ke dalam batas. Rantai atau roda tekan kemudiannya menimbus biji dengan tanah. | UMUM | |
| BIJI | | UMUM | |
| MINYAK BIJI KAPAS | Minyak biji kapas ialah minyak yang boleh dimakan, yang diperbuat daripada biji kapas. Ia digunakan terutamanya untuk membuat masak lelemak dan marjerin, dan sebagai minyak masak dan minyak salad. | UMUM | |
| PERCAMBAHAN | Percambahan ialah pertumbuhan biji benih. Semua biji benih memerlukan lembapan, oksigen, dan kepanasan untuk bercambah. Keperluan ini, terutamanya keperluan terhadap kepanasan, berbeza-beza dari spesies ke spesies. | UMUM | |
| PSILIUM | Psilium ialah herba yang ditanam di selatan Eropah dan India. Ia mengeluarkan biji yang digunakan sebagai ubat. Biji psilium mempunyai kualiti julap dan digunakan dalam perubatan. Apabila bijinya dilembapkan, ia kelihatan seperti gelatin. | UMUM | |
| PITJANTJATJARA | Pitjantjatjara ialah penduduk Orang Asli Australia . Sehingga kini, mereka masih hidup berpindah-randah di kawasan barat daya Tasik Amadeus, Wilayah Utara. Kawasan yang meliputi Musgrave, Petermann dan banjaran Rawlinson ini mempunyai sedikit punca air atau lembah yang subur. Kaum Pitjantjatjara ini bersenjatakan panah dan lembing tetapi tidak menggunakan boomerang. Mereka ialah kaum yang mahir mengumpulkan makanan dan berburu. Haiwan buruan mereka termasuklah kanggaroo, ular dan cicak. Mereka juga mengumpulkan biji-biji rumput dan bahagian tumbuhan untuk makanan. | UMUM | |
| SEKOI | Sekoi ialah mana-mana satu daripada sekumpulan rumput yang mengeluarkan biji yang kecil, boleh dimakan. Ia tumbuh subur di tanah kering berpasir. Bijinya adalah sumber penting makanan di kawasan kering di Asia dan Afrika. Penduduk di kawasan ini mengisar biji ini menjadi tepung untuk dibuat roti leper dan kuih nipis digoreng atau bijian sekoi dibuat bubur. Di sesetengah negara, biji, daun dan batang sekoi, digunakan sebagai makanan haiwan ternakan. | UMUM | |
| SENDUDUK | SENDUDUK (Malastoma malabathricum daripada famili Melastomataceae), pokok renek, setinggi 1 m hingga 2 m dan sering ditemui di sekitar tanah terbiar atau di pinggir hutan sekunder. Daunnya berbentuk lanseolat, dua urat daun memanjang kiri kanan urat tengah, kesat dan berwarna hijau muda. Bunga pokok senduduk berjambak di hujung ranting dan berwarna merah sama. Isi buah pokok ini berwarna kebiruan dan mengandungi biji-biji yang halus. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
| MOD | Mod dalam statistik, ialah nilai mana-mana kumpulan yang muncul paling kerap. Contohnya, seorang budak mengira telur dalam 77 sarang burung. Dia mendapati empat sarang mempunyai sebiji telur dalam setiap sarang, 65 sarang mempunyai dua biji telur, lima sarang mempunyai tiga biji telur, dan tiga sarang mempunyai empat biji telur. Sarang yang mempunyai dua biji telur ialah yang paling banyak. Oleh yang demikian, dua ialah mod atau nilai mod dalam kumpulan nombor ini. Mod ialah nombor purata yang digunakan dalam bidang statistik. | UMUM | |