KOKO | Koko ialah pokok malar hijau yang bijinya, digunakan untuk membuat coklat dan koko. | UMUM | |
KACANG PIS | Kacang pis ialah tumbuhan yang ditanam untuk bijinya yang boleh dimakan. | UMUM | |
AIR MATA JOB | Air mata Job ialah sejenis rumput tinggi yang hidup dalam iklim tropika. Rumput ini dinamai demikian kerana gelembung bak titisan air mata yang mengandungi bijinya yang matang. Rumput ini ada kaitan dengan jagung, dan ditanam di Asia untuk mendapatkan bijirinnya. Di Jepun, bijinya digunakan untuk membuat teh. | UMUM | |
KESUMBA | Kesumba ialah tumbuhan yang ditanam terutamanya untuk minyak yang didapati daripada bijinya. | UMUM | |
SEKOI | Sekoi ialah mana-mana satu daripada sekumpulan rumput yang mengeluarkan biji yang kecil, boleh dimakan. Ia tumbuh subur di tanah kering berpasir. Bijinya adalah sumber penting makanan di kawasan kering di Asia dan Afrika. Penduduk di kawasan ini mengisar biji ini menjadi tepung untuk dibuat roti leper dan kuih nipis digoreng atau bijian sekoi dibuat bubur. Di sesetengah negara, biji, daun dan batang sekoi, digunakan sebagai makanan haiwan ternakan. | UMUM | |
PSILIUM | Psilium ialah herba yang ditanam di selatan Eropah dan India. Ia mengeluarkan biji yang digunakan sebagai ubat. Biji psilium mempunyai kualiti julap dan digunakan dalam perubatan. Apabila bijinya dilembapkan, ia kelihatan seperti gelatin. | UMUM | |
KACANG LOMPAT | Kacang lompat ialah biji sejenis pokok renek Mexico, yang terkenal kerana pergerakannya seperti melompat dengan pantas. Pergerakan kacang lompat ini sebenarnya disebabkan oleh beluncas yang hidup di dalam bijinya. | UMUM | |
PALMA GADING | Palma gading ialah pokok palma rendah yang berasal dari Amerika Selatan. Pokok ini juga dinamakan palma biji gading kerana bijinya pernah digunakan sebagai ganti kepada gading. | UMUM | |
PITTOSPORUM | Pittosporum ialah genus (kumpulan) pokok renek dan pokok malar hijau. Kira-kira 12 jenis tumbuh di Australia. Ia juga tumbuh di New Zealand dan di beberapa bahagian di Asia dan Afrika. Pokoknya mempunyai bunga putih atau kuning berbentuk tiub. Buahnya keras dan bijinya melekit. Pittosporum manis ialah pokok kecil yang daunnya berkedut, bunganya kuning, dan bijinya merah. | UMUM | |
SWEET CICELY | Sweet cicely ialah tumbuhan saka Eropah yang berkaitan dengan pasli lembu, tetapi ia adalah tumbuhan yang lebih tegap yang tumbuh setinggi satu meter. Bunganya putih dan tersusun dalam bentuk umbel (kepala biji berbentuk payung). Bijinya panjang, tegak dan berwarna perang gelap berkilat. Sweet cicely mempunyai daun yang beralur dalam seperti daun pakis. Sesetengah daun yang lebih besar mempunyai belak-belak putih. Bau daunnya seperti bau jintan manis apabila dihancurkan. | UMUM | |