Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.la] | بيلا

Definisi : 1. kata yg digunakan utk menanyakan waktu (masa, ketika) mana: ~ awak hendak ke Kuala Lumpur?; barang ~ sebarang masa; 2. pd masa apa: kalau begini, sampai ~ pun nasib pak tani tidak akan berubah; bila-bila = ~ masa pd sebarang masa (waktu, ketika): ~ saja hari akan hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.la] | بيلا

Definisi : kata tanya utk menanyakan waktu yg mana; ketika yg mana: ~kah kamu akan berangkat? bila-bila sebarang masa; masa atau waktu yg tidak ditentukan: ~ pun kita boleh pergi makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bila

Puisi
 

Cik Atak duduk tersenyum,
     Bila-bila nampak tunangnya;
Buah masak terlalu ranum,
     Tentu hilang manis rasanya.


Lihat selanjutnya...(77)
Peribahasa

Bila kucing tidak bergigi,
     tikus berani melompat tinggi.

Bermaksud :

Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.

 

Lihat selanjutnya...(31)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADVENTIS

Adventis ialah ahli kumpulan keagamaan yang

menekankan doktrin Kedatangan Kedua yang

percaya bahawa Jesus Christ mungkin kembali ke

dunia pada bila-bila masa.

UMUM 
MINUTEMAN

Minuteman adalah pasukan sukarela yang

bertukar menjadi pasukan tentera dan dilatih

menggunakan senjata pada tahun-tahun sebelum

berlaku Revolusi Amerika. Pasukan sukarela ini

dikenali sebagai minuteman kerana mereka

bersedia bertindak pada bila-bila masa.

UMUM 
MESIN PERENCANA

Mesin perencana ialah mesin yang merakamkan

percakapan pada cakera magnet, pita atau peralatan

lain. Rakaman boleh dimainkan atau disalin semula,

dalam bentuk bertaip. Mesin perencana

menjimatkan masa kerana sesiapa boleh merencana

pada bila-bila masa tanpa menggunakan jurutaip

trengkas. Sesetengah mesin perencana adalah

ringan dan cukup kecil untuk dibawa dengan

mudah dalam perjalanan perniagaan.

Mesin perencana mempunyai sama ada mikrofon

terbina dalam atau mikrofon berasingan yang

dipasangkan kepada mesin itu. Perencana bercakap

pada mikrofon. Percakapan ini dirakamkan pada

pelbagai bahan termasuk sabuk plastik katrij, cakera

dan pita. Pita kaset paling banyak digunakan. Untuk

memainkan semula rencana, seorang jurutaip

meletakkan rakaman ini dalam alat yang dinamakan

pen transkripsi dan mendengarnya melalui fon

telinga. Sesetengah mesin perencana mempunyai

transkripsi terbina dalam. Yang lain menggunakan

unit berasingan.

UMUM 
SEKOLAH GAYA POS

Sekolah gaya pos ialah institusi pendidikan

yang mengajar melalui surat-menyurat antara

guru dengan pelajar. Sekolah gaya pos ditujukan

kepada mereka yang berhasrat untuk mempelajari

sesuatu subjek secara sistematik, umumnya untuk

tujuan mendapatkan kelayakan profesional atau

teknikal. Mereka mungkin tidak berupaya datang

sendiri ke kelas disebabkan mereka cacat, atau

kerana mereka tinggal terlalu jauh, atau kerana

mereka bekerja pada waktu siang. Dengan

mengambil kursus gaya pos, pelajar boleh

membuat kerja pada bila-bila masa dan di mana-

mana tempat. Namun demikian, sekolah gaya pos

mempunyai keburukan kerana perhubungan

peribadi tidak wujud antara guru dengan pelajar.

UMUM 
MAKANAN SALAIMAKANAN SALAI, makanan yang dikeringkan dengan cara dipanggang atau diasap di atas api atau bara. Antara makanan yang disalai termasuklah ikan, pisang dan kelapa (kopra). Makanan yang disalai boleh disimpan lama dan boleh dimasak pada bila-bila waktu yang  diperlukan. Pisang salai boleh dimakan setelah cukup kering keadaannyaBUDAYAMakanan
ADAT PERKAHWINAN MURUT

ADAT PERKAHWINAN MURUT, adat perkahwinan diamalkan oleh masyarakat Murut yang tinggal di Sabah. Sistem sosial yang menjadi amalan suku Murut di Pensiangan ialah ‘barian’ (hantaran sampai mati) atau ‘barian’ kahwin seumur hidup. Sistem ini masih dianggap sebagai tunjang adat bagi mengukuhkan tali persaudaraan antara ibu bapa dan anak perempuan yang telah kahwin. Ibu bapa perempuan atau saudara-maranya berhak meminta atau mengambil sesuatu benda yang disukai daripada menantunya pada bila-bila masa tanpa memikirkan sama ada perbuatannya itu menyenangkan menantunya ataupun sebaliknya.

 

BUDAYAKonsep
BAJU KEBAYA

BAJU KEBAYA, baju yang berlengan panjang, berpinggang dan berbelah di hadapan. Baju ini dipakai oleh wanita di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Pada asalnya baju ini direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Kini banyak perubahan yang dilakukan ke atas potongan baju tersebut. Ada yang labuhnya hingga ke paras lutut disebut kebaya labuh dan ada yang singkat ke paras punggung sahaja, disebut kebaya pendek. Meskipun begitu, kedua-duanya mempunyai ciri yang sama. Kebaya labuh lebih sesuai dipakai dalam upacara rasmi, istiadat dan majlis kenduri kahwin sahaja, sedangkan kebaya pendek dipakai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, oleh semua peringkat umur.

BUDAYAPakaian
ABANG

ABANG, gelaran bagi golongan orang berbangsa atau bangsawan tradisional di kalangan masyarakat Melayu Sarawak.  Tidak dapat dipastikan dengan tepat atau bila gelaran ini bermula.

BUDAYAKonsep
KEWARGANEGARAAN

Kewarganegaraan ialah keahlian penuh bagi

sebuah negara ataupun kerajaan. Kewarganegaraan

juga disebut kerakyatan. Tetapi kerakyatan

selalunya mempunyai makna yang lebih luas

dan memberi maksud hak untuk dilindungi oleh

negara asal bila melawat ke negara lain. Hampir

kesemua orang mempunyai kerakyatan sekurang-

kurangnya sebuah negara. Rakyat mempunyai

hak tertentu seperti hak untuk mengundi dan hak

untuk memegang jawatan awam. Mereka juga

mempunyai tugas tertentu seperti tugas membayar

cukai dan melindungi negara.

UMUM 
PERANG ROS

Perang Ros mencetuskan persengketaan awam

di England pada akhir tahun 1400-an. Dua wangsa

diraja berperang untuk merebut takhta. Simbol

yang dipilih oleh setiap pihak merupakan nama

bagi perang ini. Wangsa York sudah lama

menggunakan bunga ros putih sebagai

lambangnya. Wangsa Lancaster pula dikaitkan

dengan lambang ros merah, tetapi ahli sejarah

tidak pasti bila lambang ini bermula.

Sesetengahnya berpendapat bahawa lambang ros

merah hanya wujud sewaktu pertempuran yang

terakhir. Perang ini bermula pada tahun 1455

dengan Pertempuran Saint Albans, dan berakhir

pada tahun 1485 dengan Pertempuran Bosworth

Field.

UMUM 
12

Kembali ke atas