KEDAI RANTAIAN | Kedai rantaian ialah kedai runcit yang tambah bilangannya hingga menjadi rantaian kedai yang sama dengan meliputi sesuatu kawasan tertentu, keseluruhan sesebuah negeri, ataupun beberapa buah negara. | UMUM | |
MIN | Min, dalam statistik, ialah jumlah siri nombor yang dibahagikan dengan bilangannya. Katakan terdapat lima orang wanita yang berat masing-masing ialah 67, 62, 68, 69, dan 64 kilogram. Jumlah keseluruhan berat mereka ialah 330 kilogram. Bahagikan jumlah ini dengan 5, iaitu bilangan wanita: 330 ÷ 5= 66. Min siri nombor ini ialah 66 dan berat min wanita-wanita berkenaan ialah 66 kilogram. Berat 66 kilogram ini dapat digunakan untuk mewakili perbezaan berat kelima-lima wanita tersebut, walaupun tidak ada yang mempunyai berat 66 kilogram. Min lazimnya disebut sebagai purata aritmetik atau min aritmetik. Lihat juga Median; Mod; Purata; Statistik (Kebarangkalian). | UMUM | |
DEMOCRITUS | Democritus (460? S.M.–370? SM), ahli falsafah Yunani yang mendakwa bahawa bumi ini terdiri daripada atom yang tidak terhingga bilangannya yang bergerak dalam ruang kosong yang infiniti. | UMUM | |
DUNIA | Dunia ialah planet bumi yang dipandang istimewa sebagai tempat tinggal manusia dan hidupan lain. Bumi hanyalah salah satu daripada elemen yang tidak terhingga bilangannya di alam sejagat ini. | UMUM | |
PAPAN LAPIS | Papan lapis ialah bahan binaan yang biasanya dibuat daripada lapisan kayu nipis yang ganjil bilangannya yang telah digam bersama. | UMUM | |
SURAH AL-FAJR | Surah al-Fajr ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-89 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 30 ayat. Surah ini dinamakan al-Fajr (Fajar) kerana Allah S.W.T. bersumpah dengan cahaya fajar ketika ia menyingsing di akhir kegelapan malam. Begitu juga Allah S.W.T. membawa lafaz sumpah dengan 10 malam yang berkat pada akhir bulan Zulhijah, dengan malam yang bilangannya genap dan ganjil seperti mana dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Demi fajar, dan malam yang sepuluh dan yang genap dan yang ganjil”. (Surah al-Fajr 89:1–3) | UMUM | |
SEMOQ BERI | SEMOQ BERI, suku kaum Orang Asli yang mendiami sempadan Kelantan, Pahang dan Terengganu. Semoq Beri secara umumnya bermaksud Orang Hutan. “Semoq’ bermaksud orang dan ‘beri’ bermaksud hutan. Orang Semoq Beri juga terdapat di Perak dan Selangor tetapi bilangannya terlalu kecil. Menurut banci penduduk tahun 1990, orang Semoq Beri berjumlah 1080 orang. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
ORANG BRUNEI | ORANG BRUNEI, suku bangsa yang tinggal di Brunei Darussalam. Mereka adalah salah satu daripada tujuh rumpun atau puak Melayu. Rumpun Melayu terdiri daripada Belait. Biasaya, Brunei, Dusun, Kedayan, Murut dan Tutong. Ketujuh-tujuh rumpun Melayu tersebut dicatatkan dalam perlembagaan negara Brunei Darussalam sebagai rakyat sultan dengan kuat kuasa mutlak undang-undang. Orang Melayu Brunei ialah rumpun yang paling ramai bilangannya iaitu 285 000 pada awal tahun 1990-an. Ini melebihi 75 peratus daripada jumlah rakyat Melayu jati (bumiputera) di negara tersebut. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |