| MENDELSOHN, ERIC | Mendelsohn, Eric (1887–1953) ialah arkitek Jerman yang terkenal kerana gaya geometrinya yang ketara. Mendelsohn cuba mencipta seni bina industri dan komersial yang baru dan ekspresif. Binaannya yang paling terkenal ialah Menara Einstein (1924), iaitu makmal dan balai cerap di Potsdam, Jerman. Bangunannya menampilkan lengkok-lengkok besar yang menjadi ciri karya Mendelsohn. | UMUM | |