SURAH AL-AN‘AM | Surah al-An‘am ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang keenam mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 165 ayat. Surah ini dinamakan al-An‘am (binatang ternakan) kerana di dalamnya terdapat perkataan itu, sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Dan mereka (orang musyrik) menguntukkan daripada hasil tanaman dan binatang-binatang ternakan yang dijadikan oleh Allah itu, sebahagian bagi Allah (dan sebahagian untuk berhala mereka)...”. (Surah al-An‘am 6:136) | UMUM | |
CERITA BINATANG | Cerita binatang ialah cerita yang wataknya terdiri daripada binatang yang berperanan dan berlagak seperti manusia. | SASTERA | Karya |
ANTRAKS | Antraks ialah penyakit berjangkit yang teruk yang menjangkiti binatang ternakan. Penyakit ini dapat juga dihidap oleh manusia. Ia berpunca daripada sejenis bakteria, iaitu Bacillus anthracis. Pada manusia, penyakit ini lazimnya bermula sebagai pekung pada kulit. Tetapi kumannya dapat juga disedut melalui udara dan menjangkiti paru-paru. Manusia mendapat penyakit ini melalui pendedahan kepada haiwan yang dijangkiti atau produk haiwan. Orang yang biasanya dijangkiti penyakit ini ialah penjual daging, pengembala, orang yang terlibat dengan kerja memproses benang bulu biri, dan doktor haiwan. Peraturan yang menetapkan cara menangani produk binatang berjaya mengurangkan berlakunya antraks pada manusia. | UMUM | |
SWAMMERDAM, JAN | Swammerdam, Jan (1637–1680) ialah pakar anatomi dan zoologi Belanda. Dia merupakan perintis bidang ilmu anatomi binatang kecil, terutama anatomi serangga. Pemerhatiannya yang teliti tentang cara kehidupan lebah dan maifli merupakan hasil kerja yang klasik. Malahan usahanya mengklasifikasikan serangga menjadi asas pengkajian ilmu entomologi iaitu ilmu kajian serangga. Selain itu, dia adalah antara orang yang mula-mula membuat pemerhatian tentang fisiologi saraf dan otot. | UMUM | |
AKITA | Akita ialah sejenis anjing yang berasal dari utara Jepun. Pada suatu ketika dahulu, anjing Akita digunakan untuk memburu beruang dan binatang besar yang lain. Kadangkala anjing Akita ini disebut anjing diraja Jepun kerana maharaja memelihara anjing ini sebagai anjing kesayangan dan mainan. Kini orang Jepun menggunakan Akita sebagai anjing pengawal dan anjing polis. | UMUM | |
BADI | BADI, kuasa luar biasa yang tidak berbentuk peribadi yang terdapat pada benda tertentu seperti anggota manusia, bentuk alam yang luar biasa seperti busut, binatang atau bangkai binatang. Badi boleh mempengaruhi badan manusia untuk mendatangkan kesan seperti sakit dan kelemahan. | BUDAYA | Konsep |
RANJAU | RANJAU, sejenis alat perangkap yang digunakan untuk menangkap binatang buruan atau digunakan dalam peperangan di darat atau di air. Ranjau amat berkesan untuk mencederakan atau membunuh binatang. | BUDAYA | Alat/Alatan |
MONTS, SIEUR DE | Monts, Sieur de (1560?–1630?), penjelajah dan penjajah Perancis, yang menubuhkan petempatan penduduk di wilayah Acadia Kanada. Dia mempunyai minat dalam bidang perniagaan bulu binatang, penemuan baru, dan pelayaran. Sieur de Monts ialah rakan karib Raja Henry IV Perancis. Henry IV melantik Monts menjadi leftenan jeneral dan gabenor Acadia. | UMUM | |
SULAMAN | Sulaman ialah seni menjahit hiasan di atas fabrik atau bahan yang seumpamanya dengan menggunakan jarum dan benang. Jahitan itu boleh dicantum untuk dijadikan pelbagai corak, termasuk bunga, binatang, manusia, dan corak abstrak. Corak dilukis di atas fabrik, dan kemudian disulam, atau corak direka semasa menyulam. | UMUM | |
HIKAYAT PELANDUK JENAKA | HIKAYAT PELANDUK JENAKA, sastera hikayat yang tergolong dalam jenis cerita binatang. Hikayat ini termasuk dalam golongan hikayat Melayu yang tertua, iaitu sudah diketahui sebelum abad ke-18 lagi. | SASTERA | Karya |