Nabi Musa a.s. ialah nabi dari kalangan Bani Israel , juga merupakan (Utusan Allah) bagi mereka. Namanya ialah Musa ibn ‘Imran tetapi bukan abang Maryam binti ‘Imran (Ibu Nabi Isa a.s.) seperti anggapan sesetengah orang. Ini adalah kerana perbezaan masa di antara kedua-duanya beratus- ratus tahun. Baginda diutuskan oleh Allah SWT. kepada Firaun dan kaumnya yang amat menyombongkan diri dan suka membuat kerosakan. Baginda juga salah seorang nabi yang paling kerap disebut dalam al-Qur'an, malah disebutkan kisah baginda secara terperinci di beberapa tempat dalam al-Qur'an. Beberapa ayat yang lain turut menceritakan kehidupan Nabi Musa a.s. secara ringkas. Antaranya, firman Allah yang bermaksud: “<I>Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam I> <I>Kitab (al-Qur'an) ini perihal Nabi Musa; I> <I>sesungguhnya dia adalah orang pilihan, dan I> <I>seorang Rasul lagi nabi. Dan Kami telah menyerunya I> <I>dari arah sebelah kanan Gunung Thur Sina, dan I> <I>Kami dampingkan dia dengan diberi penghormatan I> <I>berkata-kata dengan Kami. Dan Kami kurniakan I> <I>kepadanya dari rahmat Kami, saudaranya Harun I> <I>yang juga seorang nabi”. I> (<I>Surah Maryam I>19:51–53) |