SULTAN IDRIS ISKANDAR AL-MUTAWAKKIL ALLALLAHI SYAH II (1924-1984), Sultan Perak yang ke-33 (1963-1984). Baginda diputerakan pada 12 Ogos 1924 di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Baginda ialah putera kedua Sultan Iskandar Syah dan Raja Teh Umi Kalsum binti Raja Muhammad Iskandar. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Chandan pada tahun 1931. Setahun kemudian, baginda ditukarkan ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Kangsar.
Thanks for clicking. That felt good.