Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.nuang] | بينواڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Octomeles sumatrana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata binuang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TINGKAYU

TINGKAYU, sebuah tapak arkeologi di Lembah Binuang – Tingkayu Semenanjung Semporna, di bahagian tenggara negeri Sabah. Tingkayu dijangka berusia kira-kira 20 000 tahun hingga 25 000 tahun. Kajian terperinci ke atas tapak ini dijalankan oleh Muzium Sabah dan Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
IDAHAN

IDAHAN, salah satu subkelompok peribumi Sabah daripada rumpun Dusun. Mereka tinggal bertaburan di beberapa perkampungan di tebing dan lembah sungai sekitar Lahad Datu dan Tungku, di bahagian utara Teluk Darvel dan Semenanjung Kent hingga ke utara menghala ke Sandakan.  Di Lahad Datu, mereka menetap di sekitar Tabanac, Sapagaya, Bikang, Binuang, Segamen (Segama), Segangan, Terusan dan Diwata. Penempatan asal mereka bermula di tebing dan lembah sungai jauh ke selatan menghala ke Teluk Darvel dan Sungai Segama.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
MANDAR

MANDAR, kerajaan Bugis di Sulawesi Selatan, Indonesia. Sejak abad ke-16 lagi kerajaan ini menganggotai Persekutuan Kerajaan-kerajaan yang terdiri daripada beberapa buah kerajaan di wilayah pantai yang dikenal sebagai Pitu Babana Binanga dan beberapa buah kerajaan pergunungan yang disebut sebagai Pitu Ulunna Salu. Persekutuan ini telah diasaskan oleh Raja Balanipa yang bernama Tomepayung. Antara kerajaan yang menganggotai persekutuan ini termasuklah Mandar, Balanipa, Sendana, Baggae, Pamboang, Tappalang, Mamuju dan Binuang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas