BIOGRAFI | | UMUM | |
STRACHEY, LYTTON | Strachey, Lytton (1880–1932) ialah penulis biografi, penulis esei, dan pengkritik sastera. Karyanya yang sangat terkenal ialah biografi – Eminent Victorians (1918) dan Queen Victoria (1921). Eminent Victorians ialah sekumpulan lakaran tentang empat orang ternama England pada zaman Victoria – pendidik Thomas Arnold, Jeneral Charles Gordon, Henry Cardinal Manning, dan jururawat Florence Nightingale. Gambaran Strachey yang ringkas tetapi teliti mengadunkan campuran fakta, imaginasi, dan analisis psikologi. | UMUM | |
PLUTARCH | Plutarch ( 46 S.M.?–120 S.M.? ) ialah ahli biografi dan penulis Greek yang terkenal dengan penghasilannya yang berjudul Parallel Lives of Illustrious Greeks and Romans. Dia menulis Lives atau biografi yang mengisahkan tentang sepasang negarawan atau jeneral Greek dan Rom. Perbandingannya sering kali dilakukan secara paksaan tetapi Lives menyumbangkan sumber penting dalam maklumat sejarah. | UMUM | |
ZWEIG, STEFAN | Zweig, Stefan (1881–1942), penulis cerita, biografi, sajak, dan novel psikologi Austria yang terkenal. Ceritanya yang paling terkenal termasuk Amok (1922), Conflicts (1927), dan Beware of Pity (1939). Antara biografi terbaiknya ialah Romain Rolland (1921), Marie Antoinette (1932), dan Erasmus of Rotterdam (1934). Zweig lahir di Vienna. Pihak Nazi memaksa Zweig meninggalkan Austria kerana dia berketurunan Yahudi, dan dari tahun 1934 hingga tahun 1940 dia tinggal di London. Dia dan isterinya membunuh diri di Brazil kerana berasa sedih dengan hal-ehwal dunia. | UMUM | |
AUTOBIOGRAFI | Autobiografi adalah satu jenis penulisan biografi. Dalam autobiografi penulis menceritakan riwayat hidup dirinya sendiri. Autobiografi menceritakan keadaan hidup peribadi orang yang menarik kepada pembaca. Ia juga memberikan maklumat oleh pemerhati sebenar tentang peristiwa sejarah atau cerita oleh orang yang membantu mencipta sesuatu peristiwa. Sesetengah orang menggunakan autobiografi untuk menerangkan atau mewajarkan tindakan dalam hidup mereka. Sesetengah autobiografi diilhamkan oleh perasaan nostalgia yang berkaitan dengan zaman silam penulis. Yang lainnya pula ditulis oleh orang masyhur yang berasa bahawa mereka boleh memperoleh wang dari minat orang ramai yang ingin tahu tentang kehidupan mereka. | UMUM | |
SANDBURG, CARL | Sandburg, Carl (1878–1967) ialah penyair, penulis biografi dan ahli sejarah Amerika. Dua tema utama menguasai karyanya. Salah satunya ialah usaha mencari erti sejarah Amerika. Satu lagi melibatkan keghairahannya terhadap manusia biasa Amerika. Dengan memetik kata-kata Rudyard Kipling, Carl Sandburg berkata tentang dirinya: “Aku akan menjadi jurubicara rakyat. Mulutku akan berdarah dan dari mulut itulah sumpalnya diragut. Aku akan mengatakan apa sahaja.” | UMUM | |
SITWELL, DAME EDITH | Sitwell, Dame Edith (1887–1964) ialah pemuisi, pengkritik dan penulis biografi Inggeris. Dia menjadi salah seorang sasterawan yang paling kontroversi pada zamannya kerana puisi eksperimennya yang biasanya kabur dan gaya hidupnya yang ganjil. Sitwell terkenal kerana pakaiannya yang menarik perhatian, antaranya topinya yang luar biasa, jubah Zaman Pertengahan, dan barang kemas yang sangat besar saiznya. | UMUM | |
ABUL FAZL | Abul Fazl (1515–1602) ialah sarjana India yang menjadi sahabat karib dan penulis biografi Maharaja Mughal, Akbar (lihat Akbar ). | UMUM | |
MASTERS, EDGAR LEE | Masters, Edgar Lee (1868–1950) ialah pengarang Amerika. Dia menulis novel, puisi, drama, biografi, dan sejarah, tetapi terkenal kerana buku puisi yang dihasilkannya, Spoons River Anthology (1915). | UMUM | |
NEVINS, ALLAN | Nevins, Allan (1890–1971), ahli sejarah dan pendidik Amerika Syarikat yang dua kali dianugerahi Hadiah Pulitzer dalam bidang biografi. Grover Cleveland: A Study in Courage memenangi hadiah ini pada tahun 1933, dan Hamilton Fish: The Inner History of the Grant Administration pada tahun 1937. | UMUM | |