BIOKIMIA | | UMUM | |
OPARIN, ALEXANDER IVANOVICH | Oparin, Alexander Ivanovich (1894–1980) ialah ahli biokimia Soviet. Dia mewujudkan teori yang menjelaskan bagaimana hidupan di bumi berasal daripada bahan kimia. Ideanya menjadi asas bagi banyak teori saintifik moden tentang asal usul hidupan. Oparin juga menjalankan banyak penyelidikan tentang biokimia mengubah tanaman pertanian mentah menjadi keluaran seperti roti, gula, teh, tembakau, dan wain. | UMUM | |
TATUM, EDWARD LAWRIE | Tatum, Edward Lawrie (1909–1975) ialah ahli biokimia Amerika yang berkongsi Hadiah Nobel tahun 1954 untuk fisiologi atau perubatan kerana menemui bahawa gen mengawal proses kimia tertentu. Dia dan George W. Beadle mendapati bahawa mutasi yang disebabkan oleh sinar-x dan proses biokimia diturunkan kepada generasi berturutan. Tatum lahir di Colorado, Amerika Syarikat. Lihat juga Beadle, George W.; Keturunan (Kajian tentang kimia gen). | UMUM | |
SANGER, FREDERICK | Sanger, Frederick (1918– ) ialah ahli biokimia British, yang menerima Hadiah Nobel tahun 1958 dan 1980 bagi bidang kimia. Dia menjadi orang kedua yang menerima dua Hadiah Nobel bagi bidang yang sama. Orang yang pertama ialah John Bardeen, yang menerima dua Hadiah Nobel bagi bidang fizik. | UMUM | |
BIOREMEDI | Proses merawat sisa buangan dengan menggunakan kaedah biologi, seperti secara mikrobiologi, biokimia dan biologi molekul. | KEJURUTERAAN | Konsep |
KREBS, SIR HANS ADOLF | Krebs, Sir Hans Adolf (1900–1981) ialah ahli biokimia Jerman yang bekerja di England yang berkongsi Hadiah Nobel tahun 1953 untuk fisiologi atau perubatan. | UMUM | |
DEUTERIUM | Deuterium, yang juga dikenali sebagai hidrogen berat, ialah isotop hidrogen yang stabil (lihat Isotop). Simbol kimianya ialah D atau 2H. Deuterium ialah bahagian yang penting dalam bom hidrogen dan ia digunakan dalam penyelidikan fizik atom, biokimia, dan kimia. | UMUM | |