KELUARGA AMATI | Keluarga Amati ialah sebuah keluarga pembuat biola yang bekerja di Cremona, Itali dari tahun 1500-an hingga tahun 1700-an. Biola Amati terdapat dalam pelbagai warna daripada merah gelap hingga kuning terang. Biola itu mempunyai bentuk dan lengkung yang halus dan bahagian atas yang melengkung tinggi. Lengkung itu membantu menghasilkan bunyi soprano yang halus dan sedap didengar, yang digemari oleh kumpulan pemuzik essembel yang popular pada tahun 1600-an. | UMUM | |
OISTRAKH, DAVID | Oistrakh, David (1908–1974), pemain biola Ukraine yang terkenal. Dia terkenal kerana tekniknya yang sungguh hebat dan tonnya yang lantang. Penggubah Rusia yang terkenal seperti Sergei Prokofiev dan Dimitri Shostakovich mencipta muzik kamar dan konsert biola untuknya. Oistrakh juga merupakan pemimpin yang terkenal dan guru biola yang cemerlang. Salah seorang anak muridnya ialah anak lelakinya, Igor, yang menjadi pemain biola yang terkenal di seluruh dunia. | UMUM | |
KREISLER, FRITZ | Kreisler, Fritz (1875–1962), pemain biola dan penggubah lagu menjadi pujaan sepanjang masa. Rakamannya dijadikan kajian untuk mengetahui bagaimana frasa-frasa muzik dipersembahkan secara semula jadi dan berkesan, serta penggunaan rubato (memendek dan memanjangkan not). | UMUM | |
STRAUSS, JOHANN, SR. | Strauss, Johann, Sr. (1804–1849) ialah penggubah muzik Austria yang dikenali sebagai “Bapa Waltz”. Dia juga adalah penggesek biola dan pemimpin orkestra popular yang memainkan muzik ringan yang menghiburkan. Beberapa orang anak lelakinya, terutama Johann Strauss, Jr., terkenal kerana menggubah dan memimpin muzik waltz. | UMUM | |
KAEDAH SUZUKI | Kaedah Suzuki ialah cara mengajar kanak-kanak bagaimana bermain alat muzik tertentu pada peringkat umur yang masih muda. Kaedah ini digunakan dengan meluas untuk biola dan juga alat-alat lain seperti celo, flut dan piano. | UMUM | |
PAGANINI, NICCOLÒ | Paganini, Niccolò (1782–1840), ahli muzik dan penggubah lagu Itali yang menjadi salah seorang pemain biola yang terkemuka. | UMUM | |
IDRIS SARDI | IDRIS SARDI (1939- ), pemain biola, pencipta lagu dan penata muzik filem, Indonesia. Dia lahir pada 6 Jun 1939 di Jakarta, Indonesia. Idris mewarisi bakat dalam bidang muzik daripada bapanya, Sardi dan datuknya. Bapanya ialah orang Indonesia pertama menggubah muzik latar filem pada tahun 1930-an di Indonesia, termasuklah filem Rencong Aceh yang turut dibintangi oleh ibu Idris, Hadijah. | BUDAYA | Tokoh |
ORKESTRA | Orkestra ialah kumpulan pemuzik yang bermain pelbagai alat muzik bersama-sama. Sesetengah orkestra Afrika dan Asia mengandungi alatan genderang, seperti dram, gong, dan zilofon. Tetapi di kebanyakan negara Barat, kumpulan muzik dianggap sebagai orkestra hanya jika ia memasukkan biola atau alatan bertali yang lain. Orkestra berbeza daripada kumpulan muzik yang mengandungi sebahagian besarnya oleh alat tiupan dan alat genderang. | UMUM | |
STRAUSS, JOHANN, JR. | Strauss, Johann, Jr. (1825–1899) ialah penggubah muzik Austria yang dikenali sebagai “Raja Waltz.” Strauss menggubah hampir 400 buah muzik waltz yang mewakili kemuncak gaya muzik tersebut. Dia juga menggubah lagu dan tarian orkestra lain dan 16 opereta. Di samping itu, dia juga adalah penggesek biola dan ketua orkestra yang memainkan muzik ringan. | UMUM | |
STRADIVARI, ANTONIO | Stradivari, Antonio (1644?–1737) ialah salah seorang daripada pembuat alat muzik yang terkemuka dalam sejarah muzik. Dia menggunakan Stradivarius, namanya dalam bahasa Latin, pada label alat muziknya. Stradivari mungkin lahir di Cremona, Itali. Dia belajar dengan Nicolo Amati, pembuat alat muzik yang terkenal, dan berkhidmat beberapa lama sebagai pembantu Amati. Sepanjang kerjayanya, Stradivari membuat lebih kurang 1100 alat. Daripada jumlah tersebut, lebih kurang 635 buah violin, 17 buah biola, dan 60 buah selo masih wujud. | UMUM | |