MEMBRAN | Membran ialah istilah yang digunakan untuk menerangkan lapisan tisu biologi yang menutupi permukaan dan yang memisahkan ruang pada organisma. Misalnya, membran sel menyediakan sempadan luar bagi sel dan membahagikan sel ke dalam petak fungsinya. Membran ini bertindak sebagai sekatan kepada laluan molekul untuk masuk dan keluar dari sel dan di antara petak (lihat Sel [Di dalam sel hidup]). | UMUM | |
PROTOPLASMA | Protoplasma ialah istilah yang bermakna bahan hidup dalam sel. Istilah ini tidak banyak digunakan oleh ahli biologi moden kerana sifatnya yang tidak spesifik. Johannes Purkinje, ahli fisiologi Czechoslovakia, pertama kali menggunakannya pada tahun 1839. Pada masa itu, ahli sains tahu bahawa semua benda hidup terdiri daripada sel yang kelihatan mengandungi bahan bak jeli. Purkinje menamakan bahan ini protoplasma – daripada perkataan Yunani yang bermakna mula- mula terbentuk atau teracu – untuk menunjukkan bahawa bahan ini adalah bahan paling asas pada hidupan. | UMUM | |
KULTUR | Kultur dalam biologi, ialah pertumbuhan mikroorganisma atau sel yang dihasilkan dalam keadaan terkawal dalam makmal. | UMUM | |
METCHNIKOFF, ELIE | Metchnikoff, Elie (1845–1916) ialah pakar biologi ulung Rusia. Dia melakukan kajian penting terhadap fungsi fagosit. Fagosit ialah sel darah putih yang menyerang kuman. Para doktor pada awalnya menentang teori berkenaan fagosit, tetapi idea Metchnikoff ini secara amnya diterima umum sebelum kematiannya. Metchnikoff berkongsi Hadiah Nobel tahun 1908 untuk bidang perubatan. | UMUM | |
SPALLANZANI, LAZZARO | Spallanzani, Lazzaro (1729–1799) ialah ahli eksperimen biologi Itali yang membuktikan bahawa udara membawa hidupan seni. Dia juga membuktikan bahawa hidupan seni di dalam makanan boleh dibunuh apabila direbus. Spallanzani adalah orang pertama menyaksikan sel bakteria yang diasingkan membahagi. Dia mendapati bahawa kelawar, walau pun buta, dapat mengelak tali apabila terbang, dan cicak salamander boleh mengeluarkan anggota baru untuk mengganti anggota yang rosak. Dia lahir di Scandiano, dan mengabdikan diri kepada Gereja Roman Katolik. Dia menjadi pengajar di University of Padua. | UMUM | |
MIKROSKOP | Mikroskop ialah alat yang membesarkan objek yang terlampau kecil supaya mudah dilihat. Mikroskop tergolong dalam salah satu alat yang paling penting dalam sains. Contohnya doktor dan ahli biologi, menggunakan mikroskop untuk memeriksa bakteria dan sel darah. Ahli sains dan jurutera bahan menggunakan mikroskop untuk mengkaji struktur hablur di dalam logam dan aloi (campuran logam) dan memeriksa cip komputer serta peranti kecil elektronik lain. Pelajar biologi pula menggunakan mikroskop untuk memerhati dan mempelajari tentang alga, protozoa dan organisma bersel tunggal yang lain. | UMUM | |
PROTIS | Protis ialah nama sekumpulan organisma, yang kebanyakannya adalah organisma mikroskopik. Kumpulan ini terutamanya terdiri daripada organisma satu sel seperti diatom, protozoa dan alga tertentu. Protis membentuk Protista, satu daripada lima alam biologi organisma hidup. Alam- alam lain ialah Monera (moneran), kulat (kulat), Plantae (tumbuh-tumbuhan) dan Animalia (haiwan). | UMUM | |
TRANSKRIPSI | Proses sintesis molekul-molekul RNA dengan menggunakan molekul DNA sebagai tempat bagi maklumat genetik daripada bentuk DNA ditukarkan kepada bentuk RNA. Ini merupakan sebahagian daripada proses ekspresi gen, iaitu maklumat genetik dalam DNA mengarah kepada pembentukan RNA. Arah aliran informasi di dalam sel merupakan central dogma bidang biologi molekul DNA yang digunakan untuk mensintesis RNA. RNA pula digunakan untuk mengarah pembentukan protein. RNA ialah molekul rantai panjang seperti molekul DNA juga. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan antara molekul DNA dan RNA. Tulang belakang bagi membentuk polimer molekul RNA terdiri daripada gula ribos yang menyerupai gula deoksiribos DNA. Ia mempunyai molekul oksigen terikat pada karbon nombor 2', 3', dan 5'. Molekul RNA juga adalah lebih kecil (pendek) daripada DNA kerana ia terdiri daripada bes urasil (U) dan bukan timina (T) seperti yang terdapat pada DNA....Sila Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
BAKTERIA | Bakteria, organisma satu sel yang bergantung hidup pada bahan organik yang telah mati, atau hidup sebagai parasit. | BIOLOGI | Mikroorganisma |