BIR | | UMUM | |
MEMBRU | Membru ialah proses yang digunakan untuk membuat sesetengah minuman alkohol, terutamanya bir. Ramuan utama yang digunakan untuk membuat bir yang biasa ialah barli, hop, ragi, dan air. Kadang-kadang bijian yang lain juga digunakan. Semua pembuat bir menggunakan proses asas yang sama, iaitu mempelbagaikan ramuan atau masa membru dan suhu untuk memperoleh beberapa jenis bir. Enam langkah pertama ialah: (1) membuat malt, (2) melecek, (3) merebus, (4) penapaian, (5) pematangan, (6) proses akhir. | UMUM | |
STOUT | Stout lihat Bir. | UMUM | |
YIS | Yis ialah bahan hidup yang dimasukkan ke dalam doh untuk menjadikannya naik. Ia juga digunakan dalam pengeluaran bir, wain dan lain-lain minuman keras. Yis yang digunakan secara komersial terdiri daripada organisma halus bersel tunggal. Terdapat lebih daripada 600 spesies yis, tetapi hanya beberapa yang digunakan secara komersial. | UMUM | |
MALT | Malt ialah produk makanan yang terhasil apabila barli dan sesetengah bijian yang lain diproses secara khusus. Ia digunakan dalam proses membuat bir dan menyuling spirit, dan sebagai sumber perisa atau bau-bauan dalam pelbagai barangan, yang dimasak, gula-gula, bijirin, dan makanan bayi. | UMUM | |
ASID LAKTIK | Asid laktik ialah asid organik biasa yang ditemui di dalam susu dan makanan tenusu lain yang telah menjadi “masam”. Ia juga didapati di dalam sauerkraut , acar dan bir. Ia wujud dalam dua bentuk iaitu asid D-laktik dan asid L-laktik. Asid D-laktik terbentuk dengan penapaian gula. Asid L-laktik ditemui di dalam darah manusia dan haiwan. Semasa berlakunya aktiviti bertenaga, asid L-laktik berkumpul di dalam tisu otot hingga menyebabkan kesakitan dan kelesuan. Perlahan- lahan ia akan hilang apabila otot pulih semula. | UMUM | |
MILWAUKEE | Milwaukee (pend. 628 088 ) ialah bandar terbesar di Wisconsin, Amerika Syarikat dan salah satu pusat perindustrian utama di Amerika Syarikat. Bandar ini ialah salah satu pusat pembuatan alat ganti kereta, bir, serta jentera elektrik dan bukan elektrik yang terkemuka di Amerika Syarikat. | UMUM | |
SANTA ANA | Santa Ana (pend. 135 186) ialah bandar kedua terbesar di El Salvador. Bandar ini merupakan pusat perdagangan yang penting, terutamanya untuk pengeksportan kopi. Kegiatan perindustrian lain yang penting di Santa Ana termasuk pembuatan gula, pembuatan bir, dan pembuatan tekstil kapas, alas kaki dan perabot. Santa Ana juga mempunyai sebuah teater kebangsaan dan sebuah sekolah kesenian. Untuk lokasi, lihat El Salvador (peta politik). | UMUM | |
SAN PEDRO SULA | San Pedro Sula (pend. 372 800) ialah bandar kedua terbesar di Honduras. Ia terletak di tebing Sungai Chamelecón. Untuk lokasi, lihat Honduras (peta). Bandar ini ialah pusat industri pisang dan tebu dan pusat perdagangan untuk bahagian pedalaman utara dan pedalaman barat. Industrinya termasuk kilang bir, kilang gula dan loji yang mengeluarkan sabun, lilin, kasut, dan rokok | UMUM | |
TEH LABRADOR | Teh Labrador ialah nama bagi enam spesies tumbuhan malar hijau yang kecil dalam famili heather . Ia tumbuh di kawasan bencah di Eropah Utara, di utara dan subartik Amerika Utara, dan Greenland. Daunnya mempunyai bahan narkotik yang tidak kuat dan digunakan sebagai teh dan sebagai ganti hop untuk membuat bir. Tanin, yang digunakan untuk menyamak kulit haiwan, juga datangnya daripada daun ini. Pengelasan saintifik. Teh Labrador adalah anggota famili heath, Ericaceae. Ia tergolong dalam genus Ledum. Lihat juga Bunga (gambar: Bunga di hutan jarang dan hutan). | UMUM | |