Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~s of a feather, (orang yg) sebulu; a little ~ told me..., (colloq) saya dengar...; do ~, see TIME (do time); eat like a ~, makan berdikit-dikit; get the ~, (sl) a. be dismissed, kena /buang, tendang/; b. be booed, kena sorak; give so. the ~, menyorak-nyoraki sso; like a ~, (colloq) a. without difficulty, mudah; b. very fast, laju; the ~ has flown, (colloq) orang yg dicari sudah lesap. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. (animal) burung, unggas; 2. (colloq) person, orang: he is a queer old ~, dia orang tua yg pelik; 3. (sl) young woman, mak we; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bird

Peribahasa

42

A bird in the hand is worth two in the bush

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BIRD, NANCY UMUM 
INTERNATIONAL COUNCIL FOR BIRD PRESERVATION (ICBP) UMUM 
ANGELOU, MAYA

Angelou, Maya (1928– ), penulis, penyair,

penulis skrip drama, editor, pelakon wanita,

pengarah, dan guru Amerika. Dia paling dikenali

kerana siri pertama karya autobiografinya, I Know

Why the Caged Bird Sings (1970).

UMUM 
PETER PAN

Peter Pan ialah wira kanak-kanak dalam

beberapa cerita fantasi yang ditulis oleh Sir James

Matthew Barrie, penulis Scot. Watak tersebut

mula-mula timbul dalam novel karangan Barrie

berjudul The Little White Bird (1902). Barrie

mengadaptasi sebahagian daripada novel tersebut

kepada satu drama berjudul Peter Pan (1904).

Beberapa bab novel berkenaan telah diterbitkan

pada tahun 1906 berbentuk buku berjudul Peter

Pan in Kensington Gardens . Barrie juga menulis

novel Peter Pan and Wendy (1911). Lihat Barrie, Sir

James Matthew.

UMUM 
MAETERLINCK, MAURICE

Maeterlinck, Maurice (1862–1949) ialah

dramatis, penyair (pemuisi), ahli alamiah, dan ahli

falsafah Belgium. Dia dianugerahi Hadiah Nobel

tahun 1911 bagi kesusasteraan. Karya sastera

Maeterlinck ialah karya simbolik dan falsafah. Dalam

cerita-ceritanya, Maeterlinck mencadangkan

mencari roh untuk kesempurnaan dan pemahaman

karyanya yang paling terkenal, The Blue Bird (1908)

merupakan cerita dongeng yang mengisahkan

seorang kanak-kanak mencari keseronokan di serata

tempat, tetapi akhirnya menemui keseronokan itu di

rumahnya sendiri. Drama-drama ringkasnya yang

lebih realistik, seperti The Blind dan The Intruder

(kedua-duanya pada tahun 1891), merupakan kisah

sedih yang menekankan keperluan mencari kasih

sayang dan kegembiraan dalam kehidupan sehari-hari.

Pelléas dan Mélisande (1893) ialah drama

simbolik tentang kekasih unggul yang musnah

kerana mencari kesempurnaan.

UMUM 
NORMAN, LILITH

Norman, Lilith (1927– ), penulis buku kanak-

kanak Australia, mendapat pujian kerana gaya

penulisannya yang benar dan berterus terang dalam

novelnya. Novelnya yang pertama, Climb a Lonely

Hill (1970), memperkatakan tentang masalah kanak-

kanak yang ketagihan arak. Novelnya yang lain

termasuk The Shape of Three (1971), The Flame

Takers (1973), Mocking-Bird Man (1977), A Dream of

Seas (1978), dan My Simple Little Brother (1979).

Norman lahir dan menuntut di Sydney dan dilatih

sebagai pustakawan. Dia menjadi penolong editor

School Magazine pada tahun 1970.

UMUM 
SOUTHALL, IVAN

Southall, Ivan (1921– ) ialah penulis Australia

menjadi terkenal di peringkat antarabangsa

menerusi buku kanak-kanak karangannya. Dia

memenangi hadiah Anugerah Tahunan Buku

Kanak-kanak (Children’s Book of the Year Award)

pada tahun 1966, 1968, 1971, dan tahun 1976. Dia

juga menerima Anugerah Pingat Carnegie pada

tahun 1972, serta Anugerah Buku Kanak-kanak

Kebangsaan pada tahun 1986, selain beberapa

anugerah lain di Eropah, Jepun, dan Amerika

Syarikat. Dia menerima pingat Order of Australia

pada tahun 1981. Antara bukunya termasuklah

Hills End (1962), Ash Road (1965), To the Wild Sky

(1967), The Fox Hole (1967), Let the Balloon Go

(1968), Sly Old Wardrobe (1968), Bread and

Honey (1970), Josh (1971) Over the Top (1972),

Matt and Jo (1973), Fly West (1974), What About

Tomorrow (1977), The Golden Goose (1981),

The Long Night Watch (1983), Christmas in the

Tree (1985), Rachel (1986); Black Bird (1988), dan

The Mysterious Worid of Marcus Leadbetter

(1990).

UMUM 

Kembali ke atas