TABUNG BANTUAN ISLAM ANTARABANGSA | Tabung Bantuan Islam Antarabangsa ialah salah satu dari Pertubuhan Rabitah Alam Islami yang terletak di Jeddah, Arab Saudi. Ia diasaskan pada tahun 1398 H./1978 M. Pertubuhan ini mempunyai pejabat di lebih daripada 50 buah negara dan mengandungi 17 biro (lujnah). Selain itu terdapat juga biro-biro bagi daerah dalam kawasan yang mana pertubuhan ini beroperasi di lima buah benua. Biro-biro ini diterajui oleh biro pelaburan. | UMUM | |
BIRO TIMBANG DAN UKURAN ANTARABANGSA | | UMUM | |
BIRO BANTUAN GUAMAN | Biro Bantuan Guaman, biro yang diwujudkan untuk memberikan bantuan guaman kepada individu yang memerlukan perkhidmatan profesional daripada peguam cara atau peguam bela biasa tetapi tidak berkemampuan untuk mendapatkannya. | UNDANG-UNDANG | Institusi/Organisasi |
BIRO KESUSASTERAAN BORNEO | BIRO KESUSASTERAAN BORNEO, jabatan dalam kerajaan Sarawak dan Sabah, khususnya menampung semua keperluan yang berkaitan dengan kesusasteraan. Biro ini ditubuhkan pada 15 September 1959, dan dikendalikan atas dasar separa-perdagangan, iaitu bekerjasama dengan badan-badan lain dalam perdagangan buku. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
POLITBURO | Politburo ialah biro politik Jawatankuasa Pusat yang mengawal Parti Komunis Kesatuan Soviet dari tahun 1919 hingga tahun 1991. Sebelum tahun 1990, Politburo mengandungi anggota Parti Komunis yang paling berkuasa, dan keputusan penting dalam kerajaan Soviet memerlukan kelulusannya. | UMUM | |
REUTERS | Reuters ialah salah satu daripada agensi pengumpulan berita yang terbesar di dunia. Ia memberi khidmat kepada lebih daripada 150 buah negara dan mempunyai biro dalam kira-kira 100 buah negara. Reuters juga menyediakan maklumat kewangan kepada bank, broker dan syarikatsyarikat korporat. Kepentingan mengawal dalam perkhidmatan berita ini dipegang oleh akhbar dari beberapa buah negara, termasuk Great Britain, Ireland, Australia dan New Zealand. | UMUM | |
KONVENSYEN BAHASA KEBANGSAAN | KONVENSYEN BAHASA KEBANGSAAN, konvensyen satu hari yang diadakan pada 14 Julai 1986 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Konvensyen ini dianjurkan oleh Biro Kebudayaan UMNO Malaysia dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB). Penasihat dan pendorong konvensyen ini ialah Pengerusi Biro Kebudayaan UMNO Malaysia, Menteri Kebudayaan Malaysia pada masa itu, iaitu Y.B. Sdr. Anwar Ibrahim, sementara Pengerusi-pengerusi Bersama ialah Dr. Ibrahim Saad, mewakili UMNO Malaysia dan Prof. Datuk Ismail Hussein, mewakili badan-badan yang bekerjasama. | BAHASA | Bahasa |