SOTONG KURITA BERJALUR BIRU | Sotong kurita berjalur biru biasanya terdapat di sepanjang pantai selatan Australia. Ia boleh dikenali dengan warnanya yang berjalur biru. Diameternya kira-kira empat sentimeter hingga enam sentimeter. Ia mempunyai muncung bak paruh burung nuri dan kadangkala ia menggigit manusia. Bisa daripada kelenjar liurnya kemudian masuk ke dalam luka. Beberapa orang telah mati kerana digigit oleh sotong kurita ini. Gigitannya biasanya tidak menyakitkan. Tompok kecil darah pada kulit apabila sotong kurita ini disingkirkan adalah satusatunya tanda bahawa mangsa telah digigit. Kesan bisa yang pertama ialah rasa kebas. Mangsa biasanya berhenti bernafas, memerlukan resusitasi (pernafasan) mulut-ke-mulut sehingga dua atau tiga jam. Rawatannya sama seperti rawatan untuk gigitan ular. Tiada antivenen tertentu bagi gigitan oleh sotong. | UMUM | |
BIAWAK BERLIDAH BIRU | Biawak berlidah biru ialah biawak Australia yang berbadan gempal yang dinamakan demikian kerana lidahnya berwarna biru cerah yang terjulur apabila ia marah atau cemas. | UMUM | |
KETAM BIRU | Ketam biru sering dijadikan makanan di timur Amerika Syarikat. | UMUM | |
BUKU BIRU | Buku biru ialah nama umum bagi beberapa buah terbitan kerajaan di Britain, antaranya laporan jawatankuasa dan suruhanjaya, statistik perdagangan, dan laporan diplomatik. | UMUM | |
BUNTING BIRU NILA | Bunting biru nila ialah burung nyanyi Amerika Utara. | UMUM | |
RAJA BIRU | RAJA BIRU (? -1624), Raja Perempuan Patani yang kedua (1616-1624). Baginda ialah adik kepada Raja Hijau, Raja Perempuan Patani sebelumnya. Baginda menaiki takhta dalam usia 50 tahun, dan memerintah Patani selama lapan tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
LAPORAN BIRU | LAPORAN BIRU, laporan tentang pentadbiran Brooke. Laporan Biru atau Blue Report bersifat komprehensif dan kritis dan disediakan oleh Captain Cyril Drummond Le Gros Clark, pegawai kanan Brooke, pada tahun 1934. Laporan ini siap dan diterbitkan pada tahun 1935. Le Gros Clark bertugas sebagai Setiausaha Hal Ehwal Cina dari tahun 1929 hingga tahun 1941. Pada tahun 1941, dia dinaikkan pangkat sebagai Ketua Setiausaha Negeri. Dia ditawan oleh pihak Jepun semasa perang Dunia Kedua, dan dibunuh oleh Jepun di Keningau, Sabah, sebelum pihak Jepun menyerah kalah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
TAUSSIG, HELEN BROOKE | Taussig, Helen Brooke (1898–1986) ialah doktor Amerika yang pakar dalam bidang penyakit jantung kanak-kanak. Dia menjumpai kecacatan besar yang menyebabkan warna biru pada kulit <i> bayi biru i> (lihat Bayi biru ). | UMUM | |
AKUAMARIN | Akuamarin ialah pelbagai jenis batu permata berwarna biru muda atau hijau kebiru-biruan yang dinamakan <I>beril I>. Warna yang paling popular ialah biru langit. Hampir semua akuamarin adalah lutsinar. | UMUM | |
NAVY JACK | Navy Jack ialah bendera Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia mempunyai 50 bintang berwarna putih dan berlatarbelakangkan warna biru. Ia kelihatan seperti bahagian bucu berwarna biru dan putih pada bendera Amerika Syarikat. | UMUM | |