MANGELWURZEL | Mangelwurzel adalah pelbagai jenis bit yang berkait rapat dengan gula bit dan ubi pokok bit. Ia kadangkala dikenali sebagai <I>mangold I>atau <I>bit I> <I>ladang I>yang banyak ditanam di Eropah dan Kanada. | UMUM | |
SWISS CHARD | Swiss chard ialah sayur laman. Daunnya dimakan sebagai sayur. Swiss chard berkaitan dengan tumbuhan bit biasa. Ia menyerupai bit, tetapi akarnya tidak besar berisi. Swiss chard mempunyai akar kecil berkayu yang tidak boleh dimakan. Sayur ini mempunyai batang daun yang berisi, daun yang besar, dan berwarna hijau tua. Sesetengah jenis mempunyai daun berwarna kuning pucat dan yang lain mempunyai daun dan batang-daun berwarna merah terang. | UMUM | |
BIT GULA | | UMUM | |
BIT | | UMUM | |
BIT GERUDI | Alat yang dipasang di hujung rentetan gerusi telaga minyak atau gas. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
PONTA DELGADA | Ponta Delgada (pend. 21 813) ialah bandar dan pelabuhan utama Azores Portugis. Kawah gunung berapi, taman, dan tasiknya membuatkan Ponta Delgada menarik. Industri penapisan gula bit merupakan industri yang terpenting di kota ini. Ponta Delgada terletak di Pulau São Miguel. Lihat juga Azores. | UMUM | |
SUKROSA | Sukrosa ialah nama kimia bagi gula biasa. Sukrosa teprgolong dalam kelas makanan yang dikenali sebagai <i>karbohidrat. i>Ia adalah hasil <i>fotosintesis, i>iaitu proses membuat makanan dalam tumbuh-tumbuhan. Sukrosa diekstrakkan daripada bit gula dan tebu dan digunakan dengan meluas sebagai pemanis. Formula kimianya ialah C12H22O11. | UMUM | |
TEORI MAKLUMAT | Teori maklumat , memerihalkan bagaimana mesej dipancar dan diterima melalui sistem maklumat elektronik seperti televisyen, radio atau telegraf. Teori ini menyediakan hukum matematik bagi menentukan kebarangkalian bahawa semua bahagian mesej yang tersendiri, yang dikenal sebagai <i> bit i> , akan dipancar tanpa sebarang herotan. Jurutera-jurutera elektronik kemudian menggunakan hukum tersebut bagi meningkatkan keupayaan, kecekapan, dan kejelasan sistem maklumat. Penerapan praktik hukum-hukum ini disebut sebagai <i> sains maklumat. i> | UMUM | |