BLOK DAN TAKAL | | UMUM | |
CETAKAN BLOK | | UMUM | |
CETAK BLOK LINOLEUM | | UMUM | |
CETAK BLOK KAYU | | UMUM | |
ASID AMINO | Asid amino ialah nama sebatian organik yang menjadikan semua protein dalam benda hidup. Ahli sains menyebut asid amino sebagai <i> blok i> <i> binaan protein i> . Semua asid amino mengandungi karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen. Sesetengahnya juga mengandungi sulfur. | UMUM | |
SENI GRAFIK | Seni grafik ialah istilah umum bagi lukisan dan teknik lain yang digunakan untuk menghasilkan semula perkataan dan gambar. Teknik tersebut termasuk cetakan blok, turisan, goresan, litografi, dan cetakan skrin sutera. Seni lukis cat pernah dianggap sebagai salah satu seni grafik, tetapi kini dianggap ia umumnya sebagai bentuk seni yang tersendiri. | UMUM | |
KILANG | Kilang ialah bangunan atau sekumpulan bangunan tempat keluaran dibuat. Kilang berbeza-beza saiznya, daripada tempat simpan kereta di rumah hingga kepada bangunan yang meliputi seluruh blok bandar raya. | UMUM | |
SMEATON, JOHN | Smeaton, John (1724–1792) ialah jurutera British yang mereka bentuk rumah api Eddystone yang ketiga di pantai England. Dia mengabaikan nasihat para jurutera lain dan membina rumah api itu daripada blok batu yang ditanggam bersama. Rumah apinya teguh berdiri selama lebih 100 tahun sebelum dirobohkan. Smeaton juga mereka bentuk dan membina jambatan, kincir air, pelabuhan, terusan, sistem saliran, dan projek lain. Dia membuat pembaikan besar pada enjin stim ciptaan Newcomen. Dia orang pertama yang menggelar dirinya sebagai jurutera awam. Pada tahun 1771, dia menubuhkan Persatuan Jurutera Awam. Smeaton lahir di Austhorpe berhampiran Leeds, England. | UMUM | |
PERANG DINGIN | Perang Dingin ialah istilah yang digunakan bagi memerihalkan persaingan hebat yang tercetus selepas Perang Dunia II pada tahun 1945 antara kumpulan negara komunis dengan negara bukan komunis. Pada satu pihak terdapat Kesatuan Republik Sosialis Soviet (K.R.S.S.) dengan sekutu komunisnya yang sering dirujuk sebagai <i> Blok Timur i> . Di sebelah pihak yang lain pula ialah Amerika Syarikat dengan sekutu demokrasinya yang biasanya dirujuk sebagai <i> Blok Barat i> . Pergelutan kuasa tersebut dinamakan <i> Perang Dingin i> kerana ia tidak membawa kepada peperangan sebenar atau perang “panas” pada skala yang luas. | UMUM | |
ANUGERAH RATU UNTUK EKSPORT DAN TEKNOLOGI | Anugerah Ratu untuk Eksport dan Teknologi, dianugerahkan kepada syarikat di United Kingdom yang memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam usaha meningkatkan eksport atau dalam inovasi teknologi (menggunakan kaedah baru atau mengeluarkan produk baru). Anugerah ini dapat dimenangi oleh mana-mana cabang industri, termasuk pertanian. Pemegang anugerah ini – sama ada untuk pencapaian dalam bidang pengeksportan atau dalam bidang teknologi – menerima replika lambang anugerah tersebut yang dibuat daripada besi dan dilekapkan pada blok yang lut sinar. Pemegang anugerah ini berhak mempamerkan lambang tersebut pada alat tulis yang dicetak dan pada produk mereka. Bagi anugerah eksport, lambang itu mempunyai huruf E di tengahnya. Bagi anugerah teknologi, ia mempunyai huruf T. | UMUM | Anugerah/Hadiah |