| RIMBAUD, ARTHUR | Rimbaud, Arthur (1854–1891) ialah pemuisi Perancis. Dia menulis puisi utamanya semasa lima tahun yang penuh gelora iaitu ketika berumur antara 15 tahun hingga 20 tahun. Puisi pertama yang menjadikan dia terkenal, ialah ‘Le Bateau ivre’ (“The Drunken Boat”, 1871). Dengan memerhati sebuah bot mainan di dalam sebuah kolam di taman, Rimbaud menggunakan daya khayalannya dengan menggambarkan bot itu mengharung lautan yang luas terbentang dengan pemandangan yang mempesonakan. | UMUM | |
| PERAHU LAYAR | Perahu layar ialah vesel layar, biasanya kecil, yang digunakan hanya untuk bersuka-suka. Sebuah perahu layar boleh merupaka sebarang jenis vesel, daripada sebuah sampan layar yang kecil hingga kepada sebuah kapal laut yang menggunakan enjin stim. Perahu layar moden berasal dari Belanda. Di Belanda, ia disebut sebagai jaght boat atau bot buru. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perahu layar, lihat juga Belayar. | UMUM | |