Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl sj pokok beringin: maka diikut oleh baginda ke atas bukit, maka bertemu di bawah ~; daun ~ a) daun beringin; b) sj ukiran (hiasan pd pelamin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bodi I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BODI CANIAGOBODI CANIAGO,  nama suku matrilineal dan salah satu daripada dua laras atau tradisi politik Minangkabau.  Organisasi sosial tradisional Minangkabau yang terpenting ialah suku, yang bersifat geneaologis.  Setiap negeri iaitu perkampungan yang merupakan sebuah kesatuan komuniti adat terdiri daripada beberapa suku.  Menurut tradisi Minangkabau, ada empat suku yang asli, iaitu Bodi, Caniago, Koto dan Piliang.  Sebuah suku diketuai oleh seorang atau lebih penghulu adat.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangsa/Suku/Kaum
LARAS

LARAS, pembahagian Minangkabau menurut dua tradisi politik atau fratri dasar menukar adat. Menurut tradisi adat, Minangkabau disebut juga sebagai daerah ‘Laras yang Dua, Luak Yang Tiga’. Laras yang dua itu ialah Bodi Caniago dan Koto Piliang, manakala luak yang tiga itu ialah Agam, Limapuluh Kota dan Tanah Datar. Jika luak ialah pembahagian kawasan menurut adat, laras pula ialah perbezaan dua tradisi politik negeri. Walaupun negeri-negeri daripada kedua-dua laras tersebut terdapat di ketiga-tiga luak, namun secara ideal, Agam dianggap sebagai wilayah Bodi Caniago, Limapuluh Kota, dan Koto Piliang, manakala Tanah Datar mewakili kedua-duanya. Dengan maksud lain, Tanah Datar ialah luak tempat kedudukan ‘Raja Tiga Sila’ iaitu Raja Alam, Raja Adat dan Raja Ibadat, dan ‘Besar Empat Balai’ iaitu Bendahara, Machudum, Tuan Kadhi dan Indomo. Kesemuanya merupakan unsur integratif. Dalam konsep adat Minangkabau, Bodi Caniago dan Koto Piliang merupakan dua unsur daripada alam Minangkabau yang tidak boleh dipisahkan. Kedua-duanya bersifat saling melengkapi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAdat

Kembali ke atas