Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.la/] | بولق

Definisi : 1. sl terbalik, salah, keliru: ~kah kata aku, tiada didengarnya? 2. = bolak-balik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.la/] | بولق

Definisi : salah; keliru; tidak betul: tidak ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bo.la/] | بولق

Definisi : ; bolak-balik 1 ulang-alik pergi ke sesuatu tempat dan kembali semula: Kapal itu ~ dr sini ke sana. 2 tidak tetap percakapannya atau perbuatannya; sentiasa berubah-ubah; berputar belit: Bercakaplah terus terang, jangan ~ saja. berbolak-balik 1 kembali dan pergi semula; berulang-alik: Bas itu ~ mengangkut penumpang. 2 bercakap dgn tidak tetap atau berubah-ubah; berputar belit: Dia ~ dlm mempertahankan tindakannya itu. membolak-balikkan 1 mengalih-alih sesuatu; membalik-balikkan: Dia hanya ~ halaman majalah itu dan tidak membacanya. 2 menjadikan berputar belit (ttg percakapan, perjanjian dsb): Berapa pun dicuba ~ perkara itu, akhirnya ketahuan juga muslihatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bolak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELESKOP ANGKASA LEPAS HUBBLE

Teleskop Angkasa Lepas Hubble ialah

teleskop pemantul yang dibina sebagai balai cerap

dalam orbit. Cermin pengumpul cahayanya yang

utama mempunyai diameter 240 sentimeter. Agensi

angkasa lepas Amerika Syarikat, The National

Aeronautics and Space Administration (NASA), telah

melancarkan teleskop ini di atas kapal bolak-balik

angkasa lepas pada bulan April 1990. Teleskop ini

dinamakan sempena nama ahli astronomi Amerika,

Edwin P. Hubble (lihat Hubble, Edwin Powell) .

UMUM 
MANSUR SAMIN

MANSUR SAMIN (1930 -      ), wartawan dan penulis Indonesia. Dia lahir pada 29 April 1930 di Batangtoru, Tapanuli Selatan, Indonesia. Mansur Samin lulus Verfolkschool (SD) pada tahun 1942. Pelajarannya terhenti apabila Jepun menduduki Indonesia. Pada masa Jepun itulah Mansur Samin menyaksikan kekejaman Jepun terhadap bangsanya. Semua pengalaman pahit itu mempengaruhi hidupnya. Sewaktu tentera Jepun menyerah kalah, Mansur Samin memasuki perbarisan pemuda yang dinamakan Pelopor dan turut merebut senjata daripada tentera Jepun. Dari tahun 1948 hingga tahun 1949, Mansur Samin memasuki Gerila Sabilillah, Tapanuli Selatan. Dia turut bertempur di Front Angkola Joe, Sipirok dan Padang Bolak.

SASTERATokoh

Kembali ke atas