SEBUTAN | Sebutan ialah proses atau perbuatan mengujarkan kata. Istilah sebutan juga menerangkan cara-cara ujaran itu dilakukan. Tingkat kejelasan sebutan dikenali sebagai enansiasi . Kadang-kadang perkataan mungkin mempunyai lebih daripada satu sebutan yang boleh diterima. Sebutan yang boleh diterima ini tersenarai dalam kamus. | UMUM | |
KOSHER | Kosher, juga dieja kasher, ialah perkataan Ibrani yang bermaksud sesuai atau betul. Biasanya perkataan ini dikaitkan dengan makanan, tetapi boleh digunakan untuk apa-apa sahaja yang dianggap betul atau boleh diterima mengikut amalan hukum Yahudi. | UMUM | |
ALIRAN PELBAGAI FASA | Misalnya dalam proses pengeluaran gas, walaupun nisbah gas terhadap cecair adalah tinggi, kewujudan cecair walaupun sedikit, boleh memberi kesan yang tinggi kepada fenomena aliran di dalam paip. Dalam industri kimia pula, aliran pelbagai fasa yang terdapat di dalam peranti yang menjana stim dan sistem paip di dalam reaktor nuklear juga mengalami proses pemindahan haba. Keadaan ini menyulitkan lagi analisisnya. Haba yang diterima akan mengubah pecahan gas dan cecair dalam aliran pelbagai fasa tersebut. Dengan pemanasan, komposisi bendalir akan terus berubah. Pengaruh pemindahan haba terhadap aliran pelbagai fasa juga boleh menyebabkan sebahagian bendalir membeku. Masalah aliran pelbagai fasa amat kompleks keadaannya. Banyak pengetahuan banyak persamaan korelasi yang telah diolah....rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR | UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR, undang-undang tertinggi yang dibuat dan diluluskan oleh badan berkuasa tertinggi bagi menguruskan hal ehwal negeri Johor dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ia diakui sebagai undang-undang tertinggi negeri Johor. Bahagian mukadimah Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini memperuntukkan bahawa dengan kuasa yang ada, maka diperturunkan undang-undang dan peraturan bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan negeri dan ia hendaklah dipakai berterusan, diwarisi dan tidak boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya. Undang-undang ini hendaklah diterima pakai oleh semua anak negeri dan keengganan seseorang untuk mengakuinya atau mematuhinya boleh dianggap sebagai telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
MORGANWG, IOLO | Morganwg, Iolo (1746–1826) ialah nama samaran bagi Edward Williams, pujangga (penyair dan penyanyi) Wales dan juga pengkaji bidang kepurbaan. Teorinya tentang tradisi purba pujangga Wales mempengaruhi penubuhan Gorsedd (takhta), iaitu majlis pujangga Wales. Eisteddfod Wales moden (perayaan tahunan) juga berpunca daripada karya Morganwg. Iolo Morganwg mengasaskan sesetengah ideanya daripada punca yang tidak boleh dipercayai, tetapi karyanya ketika itu diterima oleh ramai orang Wales. Dia lahir di Llancarfan, di Glamorgan Selatan. | UMUM | |