Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.lé.ro] | بوليرو

Definisi : sj jaket singkat yg berlengan atau tanpa lengan, tidak berbutang atau tidak berzip di depannya, yg biasanya dipakai oleh wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.lé.ro] | بوليرو

Definisi : 1. sj tarian Sepanyol; 2. muzik yg mengiringi tarian 1. di atas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bolero


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BOLERO UMUM 
MUZIK POPULAR

Muzik popular ialah muzik yang mendapat

tempat di hati orang ramai iaitu muzik yang

dinikmati oleh sebilangan besar penduduk. Istilah

ini sering digunakan untuk membezakannya

daripada muzik klasik. Muzik klasik adalah satu

bentuk seni yang dipelajari, dan ciptaan yang

agak rumit dipersembahkan oleh pemain

instrumental solo, kuartet bertali, orkestra

simfoni, dan sebagainya. Sesetengah orang

merasakan bahawa muzik popular mudah dan

menghiburkan sementara muzik klasik pula

serius, begitu halus, atau sukar dinikmati. Walau

bagaimanapun lagu popular seperti “Eleanor

Rigby” oleh John Lennon dan Paul McCartney,

adalah serius dan agak rumit, dan banyak karya

klasik seperti Eine Kleine Nachtmusik karya

Mozart, simfoni-simfoni Tchaikovsky, atau Bolero

karya Ravel dikenali dan digemari oleh berjuta-juta

pendengar. Malah sesetengah muzik klasik

seperti beberapa karya piano Chopin telah

diadaptasikan sebagai lagu popular.

UMUM 

Kembali ke atas