Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.moh] | بوموه

Definisi : tabib yg mengubati orang sakit dgn menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi, pawang, dukun; ~ mencari orang sakit prb orang yg menawarkan diri dgn tidak diminta; berbomoh menggunakan khidmat bomoh utk mengubati penyakit, menyihir, mencelakakan, dsb;berbomoh-bomoh menggunakan khidmat beberapa bomoh utk mengubati penyakit, menyihir, mencelakakan, dsb: ada yg sampai ~ utk menundukkan lawannya; kebomohan perihal berubat secara tradisional dgn bomoh atau dukun; perbomohan yg berkaitan dgn bomoh (amalannya, selok-belok kerjanya, dsb): kepercayaan warisan spt magis dan ~; memperoleh kepakaran dlm ilmu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.moh] | بوموه

Definisi : orang yg mengubati orang sakit dgn menggunakan jampi serapah atau ramuan saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bomoh

Puisi
 

Cik Mahat orang di desa,
     Duduk menjemur tepi paya;
Luar sihat dalam bisa,
     Cari bomoh ubatkan saya.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BOMOH UMUM 
PUTUS UBATPUTUS UBAT,  satu upacara yang diadakan sempena selesainya rawatan dan pengubatan yang diterima oleh seseorang bekas pesakit daripada bomoh.  Upacara ini diadakan untuk mengelakkan bomoh dan juga pesakit daripada ditimpa perkara-perkara yang tidak diingini.  Dipercayai bomoh yang bertanggungjawab memulihkan pesakit akan ditimpa penyakit yang sama jika upacara ini tidak diadakan.BUDAYAPerayaan/Upacara
DUKUN

DUKUN, pengamal pengubatan tradisional. Ada pelbagai jenis dukun antaranya termasuklah dukun bayi (bidan), dukun picit (bomoh urut), dukun prewangan (bomoh yang boleh menghubungi semangat), dukun jalak (mudin), dukun wiwit (pawang yang pakar dalam upacara menuai), dukun temanten (pawang yang arif dalam upacara berhubung dengan perkahwinan), dukun petungan (dukun yang mahir dalam hal ramalan melalui pengiraan angka), dukun sihir dan dukun susuk.

BUDAYAKonsep
MENURUN

MENURUN, satu keadaan yang berlaku apabila semangat dan makhluk halus diseru masuk dan meresap ke dalam tubuh seseorang bomoh.  Menurun juga digunakan sebagai suatu kaedah dalam pengubatan tradisional.  Untuk mewujudkan keadaan menurun, bomoh yang mengamalkan kaedah ini biasanya mempunyai ‘khadam’ ataupun bersahabat dengan orang halus dan jin yang akan meresap ke dalam tubuh bomoh setiap kali ia dipanggil dan diseru ketika upacara mengubati pesakit.  Upacara menurun dilakukan untuk memulihkan pesakit yang terkena ilmu guna-guna, dirasuk hantu, keteguran dan sebagainya.

BUDAYAKaedah
TARIAN BUBU

TARIAN BUBU, tarian yang menggunakan bubu.  Tarian ini kadang-kadang disebut juga tarian lukah.  Yang menari adalah sebuah bubu yang dipuja dan dijampi oleh seorang bomoh atau dukun.  Selain bomoh, beberapa orang pembantu diperlukan untuk menjayakan tarian ini.  Di Pahang, pembantu bomoh atau dukun yang menjayakan tarian ini haruslah seorang lelaki yang gagah dan bertenaga. Tetapi di Perak, pembantunya terdiri daripada seorang perempuan dan dua orang lelaki.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
BELIAN

BELIAN, bomoh atau pawang yang mempunyai kebolehan menghubungkan manusia dengan alam makhluk ghaib, dengan bantuan hantu belian.

BUDAYAKonsep
PENGERAS

PENGERAS, sesuatu benda yang diberikan oleh seseorang kepada bomoh, pawang atau bidan untuk perkhidmatannya.  Pengeras juga diberikan oleh anak murid kepada guru silat.  Pengeras melambangkan  kesediaan bakal murid itu menerima ilmu yang bakal diperturunkan kepadanya.

BUDAYAKepercayaan
TILIK

TILIK, perbuatan merenung, meramal atau menelah sesuatu yang sudah atau akan terjadi sama ada peristiwa, penyakit atau nasib. Tilik banyak dikuasai oleh bomoh, dukun atau pawang. Bagaimanapun, cara menilik berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Biasanya tukang tilik menggunakan tapak tangan untuk menilik. Daripada garis-garis tapak tangan, seseorang tukang tilik boleh mengetahui nasib rezekinya, kedudukan pekerjaannya, jodoh pertemuan, kebahagiaan rumah tangga, kedudukannya dalam masyarakat dan juga penyakit. Daripada tapak tangan juga, tukang tilik dapat melihat apa yang sudah dialami oleh seseorang, penyakit yang pernah dihadapi dan kejadian penting yang tidak terlupakan sehingga menghantui seseorang itu.

BUDAYAKonsep
MANANG

MANANG, individu dalam masyarakat Iban, yang berkebolehan menyembuh atau mengubat penyakit. Manang boleh mengubati penyakit sebagaimana bomoh atau pawang. Dalam masyarakat Iban, manang dianggap sebagai khunsa dan berupaya menerima kuasa luar biasa.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
MAIN PETERIMAIN PETERI, suatu cara pengubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Kelantan dan Terengganu. Sesetengah masyarakat Melayu percaya bahawa ada penyakit yang disebabkan oleh semangat dan kuasa ghaib dan memerlukan bomoh atau dukun untuk mengubatinya.BUDAYAKepercayaan
12

Kembali ke atas