BON DEBUNTUR | | UMUM | |
BON | | UMUM | |
PERBONAN | Perbonan ialah satu kaedah untuk melindungi kerajaan, individu, atau syarikat terhadap kerugian yang disebabkan oleh ketidakjujuran atau kegagalan pihak lain memenuhi kontrak atau kewajipan tertentu. Bon diterbitkan melalui penjamin dan syarikat insurans untuk tujuan tertentu. Jenis bon yang digunakan untuk tujuan ini termasuk bon kesetiaan, bon tanggungan dan bon jaminan. | UMUM | |
PURATA DOW JONES | Purata Dow Jones merupakan statistik yang menunjukkan aliran harga saham dan bon di Amerika Syarikat. Ia adalah pemurataan saham pilihan dan bon yang diniagakan di Bursa Saham New York . Dow Jones & Company, sebuah firma penerbitan kewangan, mengira purata taksiran setiap jam perniagaan setiap urus niaga pada tiap- tiap hari. Terdapat empat jenis purata: (1) purata harga saham biasa daripada 30 firma industri, (2) purata saham biasa daripada 20 syarikat pengangkutan, (3) purata saham biasa daripada 15 syarikat pengguna, dan (4) purata 65 saham yang membentuk ketiga-tiga purata yang pertama tadi. Minat masyarakat tertumpu pada purata-purata ini. | UMUM | |
AYTOUN, WILLIAM EDMONDSTOUNE | Aytoun, William Edmondstoune (1813– 1865), penyair dan humoris Scotland, yang terkenal kerana Bon Gaultier Ballads (1845), satu siri parodi yang cemerlang, yang ditulisnya bersama Sir Theodore Martin. Antara penulis yang diparodi dalam tulisannya ialah Tennyson, Macaulay dan Elizabeth Barrett Browning. Aytoun lahir di Edinburgh dan mendapat pendidikan di Edinburgh Academy dan Edinburgh University. Di universiti ini, dia dilantik menjadi profesor retorik dan persuratan pada tahun 1845. Buku sajaknya yang pertama, Poland, Homer and Other Poems , diterbitkan pada tahun 1832. Lain-lain karya Aytoun termasuklah Lays of the Scottish Cavaliers (1848). | UMUM | |
PERGUNUNGAN ATLAS | Pergunungan Atlas menganjur sepanjang 2410 kilometer di barat laut Afrika. Ia bermula dari Tanjung Rhir di Lautan Atlantik hingga ke Tanjung Bon di Laut Mediterranean, dan merentasi sebahagian daripada Maghribi, Algeria, dan Tunisia (lihat Afrika [peta bentuk muka bumi]). Ia dinamakan sempena Atlas, iaitu raksasa dalam mitos Yunani (lihat Atlas ). | UMUM | |
PERSATUAN MELAYU SELANGOR | PERSATUAN MELAYU SELANGOR, persatuan negeri. Persatuan ini ditubuhkan pada 5 Jun 1938 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Mesyuarat penubuhannya telah dihadiri oleh lebih kurang 400 orang dan sebanyak $108.00 telah dikumpulkan sebagai yuran daripada 108 orang ahli walaupun persatuan ini belum terdiri daripada golongan pentadbir berdarah bangsawan dan golongan wartawan. Presidennya ialah Tengku Ismail bin Tengku Muhammad Yasin, Raja Bon ialah Raja Yahya (naib presiden), Ramli bin Mohd. Tahir (setiausaha) dan Mahmud Haji Abdul Rahman (bendahari). Ahli Jawatankuasa yang penting ialah Raja Yaakub bin Raja Alang, Mohd Yunus Hamidi, Abdul Rahim Kajai dan Osman Kalam. Keanggotaan ahli jawatankuasa persatuan ini memperlihatkan kesedaran kebangsaan yang menyeluruh di kalangan orang Melayu Selangor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |