| CHE BONG NGA | CHE BONG NGA ( ? -1390), Raja Campa (m.m. 1360-1390). Menurut dokumen China, baginda dikenal sebagai Ngo-ta Ngo-tcho; dan Po Binasuor dalam dokumen bahasa Cam. Dia pernah diberi gelaran 'Pahlawan Perkasa' dalam catatan Cam. Dalam Syair Siti Zubaidah Perang China dia dikenal sebagai Sultan Zainal Abidin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| KINTAK | KINTAK, suku kaum Orang Asli daripada rumpun bangsa Semang-Negrito. Masyarakat ini juga dikenali sebagai Tak, Kentok dan Kintok. Kintak secara khusus terbahagi kepada beberapa subkumpulan. Dua antaranya dinamakan Kintak Bong dan Kintak Nakil. | BUDAYA | Adat |