Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bong.ko/] | بوڠکوق

Definisi : 1. melengkung di bahagian belakang (bkn badan): segala rakyat kecil besar, tua muda, ~ tempang pun berkampunglah; 2. = membongkok menggerakkan bahagian atas badan ke hadapan atau ke bawah; ~ sabut bongkok spt bentuk sabut; ~ udang bongkok pd tengah belakang; ~ baru betul (buta baru celik) prb jikalau orang baru memperoleh kemuliaan dan kesenangan maka ia pun mengada-ada; ~ kail nak mendapat (mengena) prb tipu muslihat itu ialah utk mencari keuntungan bagi diri sendiri; di mana kayu ~, di sanalah hendak meniti prb orang yg bodoh mudah kena tipu; tak tahu di ~ tidur prb tidak tahu akan kekurangan diri sendiri; takkan ~ sebab menyorok prb tidak hina mengerjakan pekerjaan yg dipandang rendah jika utk maksud yg baik; yg ~ juga dimakan sarung prb yg bersalah juga yg akan menanggung dosa; membongkok 1. menggerakkan bahagian atas badan ke hadapan atau ke bawah: dia ~ sedikit spt memberi hormat; 2. merendahkan diri kpd, sangat hormat: ~ kpd orang besar; membongkokkan menyebabkan badan membongkok, melengkungkan badan: ~ badan memberi hormat;terbongkok-bongkok dgn membongkok-bongkok: ia ~ membuka kasutnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bong.ko/] | بوڠکوق

Definisi : melengkung ke hadapan (bkn badan); tidak lurus: Abdullah ternampak akan seorang perempuan tua ~ sedang mengambil air. ~ sabut bongkok yg menyerupai bentuk sabut. ~ udang bongkok di bahagian tengah belakang. membongkok merendahkan bahagian badan dr pinggang ke atas ke hadapan: Dia ~ sbg tanda hormat kpd pembesar itu. membongkokkan menjadikan bongkok: melengkungkan: Dia ~ badannya utk mengambil penselnya yg terjatuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bongkok

Puisi
 

Kalau ada nenek tua,
     Kayu bongkok mati dijulang;
Kalau kehendak kita berdua,
     Karam perahu sama direnang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bungkuk (bongkok) 'duk (=dek) menganyam,
     silap (= sesat) mengelarai.

Bermaksud :

Sekalipun demikian sungguhnya membuat sesuatu pekerjaan namun salah dan silap itu tak dapat dielakkan. mengelarai = menganyam.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BONGKOK SABUT UMUM 
SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

SI BONGKOK TANJUNG PUTERI,  drama karya Shaharom Hussain.  Buku drama ini diterbitkan oleh Pustaka Melayu, Singapura pada tahun 1961.  Si Bongkok Tanjung Puteri mengambil kisah sejarah tempatan yang telah diceritakan secara lisan oleh golongan tua berdasarkan kejadian yang sebenar berlaku kira-kira 150 tahun lalu di negeri Johor.  Ia adalah satu cerita yang berhubung rapat dengan sejarah Tanjung Puteri (kini Johor Bahru) dan sejarah Temenggung Daing Ibrahim, pemerintah ketika itu, yang berusaha menghapuskan ancaman lanun di perairan Johor dan Singapura.  Cerita yang digarap berdasarkan sejarah ini telah digubah dan disusun serta dipentaskan dengan tujuan untuk perkembangan seni drama Melayu.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
PUNCH DAN JUDY

Punch dan Judy ialah watak utama dalam

sejenis pertunjukan boneka komik yang popular di

England . Punch ialah si bongkok yang berhidung

bengkok yang memakai pakaian tradisional Itali .

Manakala Judy pula ialah isterinya. Pertunjukan

Punch dan Judy biasanya mempunyai banyak cerita

jenaka yang kasar dan ganas. Dalam pertunjukan

itu, Punch selalunya memukul anaknya, bertengkar

dengan isterinya, dan membunuhnya dan ada

kalanya watak lain. Punch dibawa ke muka

pengadilan dan dihukum mati, tetapi berjaya

mengelakkan hukuman itu melalui tipu muslihat.

UMUM 
REJAB F.I.

REJAB F.I. (1941-   ), penulis. Dia lahir pada 12 September 1941 di Kampung Bongkok, Padang Lati, Perlis. Nama sebenarnya ialah Rejab bin Ismail. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Santan, Sekolah Melayu Paya dan Sekolah Melayu Kangar hingga tahun 1956.

SASTERATokoh

Kembali ke atas