Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.nus] | بونوس

Definisi : 1. bayaran tambahan pd gaji dll sbg pemberian (ganjaran); 2. bayaran faedah kpd pemegang polisi syarikat insurans atau pemegang saham; ~ saham ganjaran kpd kakitangan dlm bentuk saham (sama ada secara percuma atau pada harga yg murah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.nus] | بونوس

Definisi : 1 bayaran tambahan selain gaji sbg sagu hati kpd pekerja-pekerja. 2 bayaran faedah kpd pemegang-pemegang saham atau kpd pemegang polisi insurans. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bonus


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BONUS UMUM 
SETEM PERDAGANGAN

Setem perdagangan ialah premium atau

bonus yang diberikan oleh peruncit kepada

pembeli barangan yang membeli secara tunai.

Setem ini dikumpulkan untuk ditukarkan dengan

barangan lain ataupun untuk mendapatkan

diskaun daripada barang dagangan peruncit

tersebut. Syarikat setem perdagangan menjual

setem itu kepada peruncit. Syarikat juga boleh

menebus (menukar) setem tersebut untuk

mendapatkan pelbagai barangan seperti

perkakas, barangan rumah atau peralatan sukan.

Kedai koperasi mungkin memberikan setem bagi

setiap pembelian. Setem ini juga boleh ditukarkan

untuk barangan lain di kedai koperasi. Ahli

perniagaan Amerika, Thomas Sperry,

menubuhkan syarikat setem perdagangan yang

pertama pada tahun 1896. Walaupun penggunaan

setem ini telah merosot, masih terdapat syarikat

yang memberikan setem ini untuk meningkatkan

hasil jualan.

UMUM 
SEKIM AMANAH SAHAM NASIONALSEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL, skim saham amanah yang pertama yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Sekim Amanah Saham Nasional (Sekim ASN)  ditubuhkan dengan tujuan menggembleng tabungan kaum bumiputera termasuk golongan di luar bandar serta memupuk tabiat menabung di kalangan mereka. Sekim ASN dilancarkan secara rasmi pada 20 April 1981 oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia. Skim ini mempunyai ciri-ciri yang unik dan telah membawa pulangan yang baik dan stabil dalam bentuk dividen dan bonus kepada para pelabur sejak penubuhannya. Skim ini adalah wahana utama kerajaan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat dan membantu membasmi kemiskinan di kalangan mereka selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
MAHJUNG

Mahjung juga dieja mah jong atau mah-jong

ialah sejenis permainan orang Cina yang

berkembang pada tahun 1800-an. Mahjung

dipercayai berasaskan permainan yang dimainkan

di China semenjak lebih kurang tahun 500 S.M.

Mahjung sama dengan permainan rummy, iaitu

sejenis permainan kad. Walau bagaimanapun,

sebagai ganti kad, mahjung dimainkan dengan

buah kecil, bersegi empat tepat yang diukir

dengan lukisan dan lambang Cina. Terdapat 136

buah piawai yang terdiri daripada buah angin,

buah naga dan tiga jenis sama bunga – titik, krak

dan bam. Sama bunga diberi nombor dari 1 hingga

9. Terdapat empat buah yang serupa untuk setiap

jenis. Kebanyakan set mahjung turut mempunyai

lapan buah bonus yang mewakili bunga dan

musim.

UMUM 
SKIM AMANAH SAHAM NASIONAL

SKIM AMANAH SAHAM NASIONAL, skim saham amanah yang pertama yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Skim Amanah Saham Nasional (Skim ASN)  ditubuhkan dengan tujuan menggembleng tabungan kaum bumiputera termasuk golongan di luar bandar serta memupuk tabiat menabung di kalangan mereka. Skim ASN dilancarkan secara rasmi pada 20 April 1981 oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia. Skim ini mempunyai ciri-ciri yang unik dan telah membawa pulangan yang baik dan stabil dalam bentuk dividen dan bonus kepada para pelabur sejak penubuhannya. Skim ini adalah wahana utama kerajaan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat dan membantu membasmi kemiskinan di kalangan mereka selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).

SEJARAH DAN ARKEOLOGISistem

Kembali ke atas