BURROUGHS, WILLIAM | bookmark: OLE_LINK24">Burroughs, Williambookmark: OLE_LINK23">bookmark: OLE_LINK24"> (1855–1898) ialah pereka bookmark: OLE_LINK23">bookmark: OLE_LINK24">Amerika, paling terkenal kerana membangunkan bookmark: OLE_LINK23">bookmark: OLE_LINK24">mesin kirabookmark: OLE_LINK23">bookmark: OLE_LINK24">. | UMUM | |
BORIA | bookmark: OLE_LINK78">bookmark: OLE_LINK79">bookmark: OLE_LINK80">BORIA, bookmark: OLE_LINK77">bookmark: OLE_LINK78">bookmark: OLE_LINK79">bookmark: OLE_LINK80"> seni pentas yang popular di Pulau Pinang. Pada masa dahulu, boria merupakan sebuah pantomim dalam perayaan Muharam yang diraikan oleh golongan Syiah Islam bagi merakamkan takziah atas peristiwa Perang Karbala dalam sejarah Islam di Timur Tengah. Walau bagaimanapun, pantomim takziah yang terdapat di Pulau Pinang pada masa itu banyak dipengaruhi oleh acara perayaan Durgapuja dari India yang dibawa oleh askar India Islam Syiah. bookmark: OLE_LINK78">bookmark: OLE_LINK77"> | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
BORONIA | bookmark: OLE_LINK2">Boroniabookmark: OLE_LINK1">bookmark: OLE_LINK2"> ialah nama yang diberikan kepada kira-kira 90 spesies famili sitrus yang tumbuh hanya di Australia. Boronia biasa terdapat di kawasan rawa. Kebanyakannya tumbuh di Australia Barat. Kebanyakan boronia adalah pokok renek yang mempunyai bunga kembang, berwarna samar, berbau harum, dan mempunyai empat kelopak dan lapan stamen. | UMUM | |
BRAGA | bookmark: OLE_LINK2">Bragabookmark: OLE_LINK2">bookmark: OLE_LINK1"> (pend. 65 008) ialah bandar di barat laut Portugal. Ia terletak di tengah-tengah kawasan perladangan yang subur. Untuk lokasi, lihat Portugal (peta politik). | UMUM | |
LAUT | bookmark: OLE_LINK2">Laut,bookmark: OLE_LINK1">bookmark: OLE_LINK2"> air masin yang menggenangi sebahagian besar muka bumi. Lebih 70% permukaan bumi ini mengandungi air dengan hampir 97% terdiri daripada air laut dan lautan, 2.5% dalam bentuk ais di kawasan kutub dan glasier, dan hanya kira-kira 1% air tawar serta air dalam bentuk wap. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
BUNYAN, PAUL | bookmark: OLE_LINK2">Bunyan, Paulbookmark: OLE_LINK1">bookmark: OLE_LINK2"> ialah pembalak gergasi dalam cerita rakyat Amerika. | UMUM | |
BUFFALO BILL | bookmark: OLE_LINK2">Buffalo Billbookmark: OLE_LINK1">bookmark: OLE_LINK2"> (1846–1917) atau nama sebenarnya William Frederick Cody, ialah pengawal sempadan dan penembak yang terkenal di barat Amerika. Cody kemudian menjadi penghibur terkenal. | UMUM | |
BRABHAM, SIR JOHN | bookmark: OLE_LINK2">Brabham, Sir Johnbookmark: OLE_LINK1">bookmark: OLE_LINK2"> (1926– ) ialah pemandu kereta lumba Australia yang memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia pada tahun 1959, 1960 dan 1966. | UMUM | |
BOUTROS GHALI, BOUTROS | bookmark: OLE_LINK2">Boutros Ghali, Boutrosbookmark: OLE_LINK1">bookmark: OLE_LINK2"> (1922 M – ) ialah diplomat dan ahli politik Mesir. Dia menjawat jawatan Setiausaha Agung keenam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1992. Boutros-Boutros Ghali menggantikan Javier Perez de Cuéllar yang memegang jawatan tersebut dari tahun 1982 hingga tahun 1991. | UMUM | |
DALING-DALING | bookmark: OLE_LINK30">DALING-DALING, bookmark: OLE_LINK30">tarian suku kaum Bajau di Semporna dan suku kaum Suluk di Sandakan, Sabah; dipercayai berasal dari Pulau Mindanao. Tarian ini dibawa oleh orang Suluk yang berhijrah ke Sabah. Disebabkan ada persamaan antara orang Suluk dengan Bajau Laut dari segi adat resam, agama, budaya dan kesenian, wujudlah asimilasi dan saling pengaruh-mempengaruhi sehingga tarian ini seolah-olah menjadi milik suku kaum bajau. bookmark: OLE_LINK30"> | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |